Viral
” Adik, tinggal beberapa jam lagi birthday adik. Lepas ni.. ” – Kakak Anis Soffiyya
Posting kakak kepada arwah Anis Soffiyya (UPSI) sempena ulangtahun kelahiran adiknya undang sebak ramai. Sedihnya baca perkongsian kakak arwah. Rupa-rupanya arwah pergi beberapa hari sebelum hari lahirnya..
Meninjau ke akaun Tiktok bernama Onlysyah yang merupakan akaun milik kakak kepada arwah Anis Soffiya telah meraih perhatian ramai. Kakak kepada Anis ini membuat posting bersempena ulangtahun kelahiran adiknya yang jatuh pada hari ini.
Menurut kakaknya, Anis merupakan seorang adik yang baik dan rapat dengannya. Pelbagai aktiviti dilakukan mereka bersama. Anis gemar mengambil gambar kakaknya dan juga suka memakaikan inai di jari kakaknya. Kini, segalanya tinggal kenangan.
Tiada lagi gelak tawa Anis ketika mereka bersama-sama menonton televisyen. Pemergian Anis amat dirasai oleh ahli keluarganya terutama buat kakaknya. Apa yang berlaku dalam kehidupan kini semangnya tidak disangkakan, namun kakak Anis redha akan pemergiannya.

Perkongsian ini telah menerima lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Turut dikongsikan sekeping gambar Anis bersama kakaknya itu. Kedua adik- beradik ini cukup cantik dan manis. Segala kenangan bersama Anis pasti tidak akan dilupakan oleh kakaknya.
Jom lihat perkongsian di bawah :


Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Birthday arwah 15.6 kan…semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman…sy alumni upsi jugak..terkesan sngt2.. “
” Bukan sesiapa utk suruh agar tetap kuat , tapi semoga kalian berjumpa lagi di syurga nanti.. walaupun xknl tapi kehilangan mrka terkesan stu ngara smoga trus kuat kak.. “
” Birthday arwah sama dengan saya 🙂 , semoga arwah di tempat kan di kalangan orang yang beriman , takziah.. dalam banyak2 mangsa anis yang paling buat saya sedih mungkin sebab sebaya.. “
” Brkongsi tarikh lahir sama cuma tahun brbeza. Al fatihah buat semua yg trkorban,cantik2 belaka bidadari syurga..aamiin.. “
” Selamat ulang tahun untuk arwah, saya sebaya dengan dia, terkesan sangat walaupun tak kenal, semoga kakak dan keluarga dipermudahkan urusan ye.. “
” Hari ni ya hari lahir arwah . Allahuakbar semoga tabah ya walaupun perkataan tabah tu cuma senang diungkapkan tapi yang melaluinya tak semudah tu. Semoga arwah tenang di sana.. “
” Cantikny arwah awk kehilangan adik. sy kehilangan arwah kakak semoga terus kuat semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Aamiin.. “
Kini ulangtahun kelahiran Anis hanya menjadi ingatan sahaja tanpa lagi kehadiran Anis di sisi. Hanya gambar dan video menjadi tatapan. Semoga roh Anis Soffiyya Md Zaidi di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah untuk Anis dan sahabat-sahabatnya yang lain.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Onlysyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

