Artis / Selebriti
” Adik nak tokok tambah pun takut, betul lah tu adiknya cakap.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Adik Lelaki Puteri Sarah Liyana, Megat Imran Menjawab Soalan Mengenai Kakaknya Raih Perhatian Ramai. Adik Nak Tokok Tambah Pun Takut, Hehe. Tapi Pesanan Sarah Tu Memang Win !!
Meninjau ke akaun Instagram Hijabistamag, perkongsian sebuah video ketika sesi temubual bersama Puteri Sarah Liyana dan adik lelakinya telah meraih perhatian ramai. Sarah merupakan anak sulung dan cuma mempunyai satu-satunya adik lelaki dalam keluarga.
Menerusi temubual tersebut, antara soalan yang ditanya kepada adik lelakinya ialah keistimewaan dan kekuatan kakaknya. Menurut adik Sarah, kakaknya seorang yang garang namun merupakan seorang kakak yang penyayang terhadap adik-adiknya.

Klik gambar untuk info..
Selain itu, Sarah turut memberi kata-kata nasihat kepada adiknya terutamanya dalam menghargai wanita. Ramai yang memuji kecantikan Sarah dan wajah handsome adiknya sehingga ada yang mencadangkan agar adiknya menjadi pelakon.

Perkongsian ini telah menerima lebih tujuh ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sememangnya kesemua adik-beradik Sarah mempunyai rupa paras yang cantik dan handsome. Senyuman mereka juga cukup manis.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen melihat gelagat dua adik beradik ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Adik nak tokok tambah pun takut, kang sambung jadi SINGA kat rumah.. Garang2 pun baik hati sebenarnya .. Cantik kakaknya, adik pn hensem.. “
” Adik beradik yg hebat, semua berpendidikan tinggi, berkerjaya semua.. sarah nk promot adik diala tu jdi pelakon tpi bagus jugak adik sarah pn hensem.. “
” Wanita juga menjaga harga dirinya jgn menimbulkan fitnah untuk dirinya sendiri & seluruh keluarganya.. K long mcm singa tpi penyayang giteww.. “
” Betul la tu adik nya cakap sebab sy pun anak sulung adik sy ada 4 org.. semoga rezeki Sarah melimpah ruah n dikurniakan suami yg lebih baik n soleh….. amin.. “
” Oh Sarah sulung ingatkan kak Linda tu kakak sulung Sarah.muka ada iras² jugak.. muka sepaten segak dua2.. Handsome.. “
” Sesuai jadi hero la adik Sarah ni.. yaAllah semuanya cuntik terhebat.. adik yg baik pd kakak yg baik.. hensem adik PS ni.. well mannered & educated.. “
” Org yg garang ni sbnrnya dia mnja pnyanyang romantik baik hati segalanya² rajin tak tau dok diam.. bijak dan setia.. tak kisah dia ank no berapa dlm adk beradik..org yg xmghargai dia mmg rugi lah.. “
Sememangnya sebagai seorang kakak sulung agak tegas dengan adik-adiknya. Kakak sulung juga merupakan role model dan contoh kepada adik-adik. Semoga Puteri Sarah Liyana sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu bersama keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hijabistamag
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti21 hours ago Artis / Selebriti21 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 


 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
