Artis / Selebriti
” Adakah itu sebab Intan lama tidak menjadi Intan lagi ? ” – Haziq
Mimi Lana dedah sebab kenapa wataknya sebagai Intan dalam drama Andai Tiada Dia digantikan oleh Alicia Amin yang ramai tak tahu. Mimi dah tahu lama dah rupa-rupanya..
Nama Mimi Lana menjadi sebutan peminat drama Melayu apabila wataknya sebagai Intan dalam drama Andai Tiada Dia berjaya membuat ramai yang sakit hati. Tidak hanya kaum wanita, kaum lelaki juga naik berang dengan perangai Intan yang penuh dengan hasad dengki dan merupakan seorang penyondol abang ipar sendiri.
Namun momentum penonton sedikit terjejas apabila watak Intan ditukar dengan pelakon baru. Tidak lagi dilakonkan oleh Mimi, watak Intan diambil alih oleh Alicia Amin. Banyak respon yang diterima dan ramai yang mempertikaikan mengapa watak Intan bertukar kepada Alicia.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Mimi hadir ke konti Era untuk slot Petang Era bersama Haziq dan Shasha. Persoalan ini diajukan oleh team Era dan Mimi memberikan penjelasannya mengenai isu berkenaan.

Mimi sudah pun memaklumkan kepada pihak produksi dia hanya mampu memberikan komitmen sehingga episod 28 sahaja. Pada waktu itu, produksi juga masih berbelah bagi sama ada drama ini akan berakhir di episod 28 atau pun disambung. Sebab lain juga adalah kerana Mimi sudah mengikat kontrak untuk projek barunya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Production buat pilihan yang salah. episode 28 ending yang perfect.. Intan lama lagi garang.. dah agak dah memang sebenarnya sampai episode 28 je.. “
” We need Mimi Lana.. Kami nak Intan yang ni.. intan lama ni, baru nak buka mulut sakit hati.. feel jahat tu sampai kat hati.. “
” Rindu pulak dekat intan ni.. masa ada Suka marah dia.. nak intan ni, tak nak intan baru.. Intan lama lagi best.. “
” Tapi intan ni berlakin best.. memang dia keluarkan betul watak jahat tu.. sampai naik angin menyampah… maknanya intan berjaya bawa watak tu.. “
” Hilang Vibe Intan bila tukar pelakon. Tengok tanpa rasa geram.. Memang tak feel langsung intan yang baru.. “
” Spoiler la tukar cast dah akhir-akhir episode.. replacement lak tak sampai langsung watak Intan.. “
” Tak best mimi tak ada.. memang rindu sangat dengan intan lama.. dah tak berapa nak feel tengok intan baru.. “
Patut lah watak Intan ditukar kepada pelakon lain, itu rupa-rupanya sebabnya. Lakonan Mimi sebagai Intan benar-benar meninggalkan kesan di hati penonton. Melihat Mimi pasti akan terus terbayangkan watak jahat Intan yang membuatkan ramai geram. Apa-apa pun, terima kasih Mimi kerana berjaya membawa watak Intan untuk 28 episod itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

