Artis / Selebriti
” Ada orang tu kata suruh saya diam. Kalau saya tak diam, dia yang akan diamkan.. ” – Abby Abadi
Perkongsian terbaru Abby Abadi mengenai isu anak perempuannya, Marissa Dania Hakim curi perhatian warganet. Alamak, Abby tuju kat siapa tu. Siap cabar jumpa kalau berani..
Semua sedia maklum mengenai perkahwinan anak perempuan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim. Isu antara Abby dan suami Marissa juga tidak pernah surut, apatah lagi melihat kehidupan Marissa yang seakan banyak makan hati dari merasa nikmat bahagia bergelar isteri.
Menerusi perkongsian terbaru Abby di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar Abby bersama Marissa. Abby turut memaparkan DM daripada warganet yang memberikan komen mengenai Marissa serta kata-kata semangat yang ditujukan untuk Abby sebagai ibu.
Ramai yang berpendapat Marissa lebih berhak mendapat seseorang yang lebih menghargai dan mempertahankannya. Di ruangan kapsyen pula, Abby memberitahu minggu ini minggu yang paling memenatkan dirinya tetapi masalah Marissa sentiasa berlegar dalam kepalanya.

Abby mengharapkan agar ada penyelesaiannya untuk segala kekusutan yang telah terjadi. Abby turut memberi amaran kepada seseorang yang menyuruhnya diam mengenai Marissa. Ayat Abby itu bukan hanya sekadar cakap-cakap kosong tetapi itu satu peringatan bahawa seorang ibu boleh melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anaknya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aslam mmg x layak utk marissa… Pliss move on marissa.. Selagi x de anak marissa boleh turn back.. biar aslam dgn wife pertama dan anak2 dia.. biarkan dia bahagia dgn yg di sana.. Marissa berhak dpt lelaki yg lebih menyayangi marissa tnpa berbelah bg.. Awak sgt lawa marissa.. sgt lawa.. “
” Dia beruntung ade ibu yg masih berjuang untuk dia. Sayang sungguh mama dia pada dia. Harap Marissa tak sia-siakan mama dia ni.. Semoga sis terus sihat dan kuat semangat.. Semoga Allah permudahkan urusan Abby.. “
” Marissa. Tengok lah mama awak ni dik. Dari dulu sampai sekarang berjuang untuk awak. Awak ingat tak awak dilahirkan di mana? Kesakitan melahirkan tu mesti sampai sekarang mama awak rasa. Sekarang, dia bermati-matian berjuang untuk kebahagiaan awak.. “
” Bertuah sgt Marisa ni,, sebab ibu kandung dia sentiasa ada berjuang untuk dia..biar dia di kecam teruk oleh netizen.. saya doakan marissa dpt lelaki yg lebih menghargai dan mampu pertahankn dia.belum terlambat lagi ya dik Marissa.. “
” Cepat la sedar Marissa , please.. beruntung awak ada ibu yang membela awak dik . Sampai bila nak hidup dengan makan hati . Cari suami yang bleh membela Dan fokus utk awak sorg je dik . Moga dipermudahkan segala urusan ibu Dan anak ini.. “
” Sy faham. Kalau mama sy di tempat kak abby, mak sy nampak sy tak bahagia dia akan buat mcm kak abby niatkan. Dah jd mak2, kita faham seorang ibu takkan sanggup anak perempuan dia disakiti, tak bahagia.. “
” Cantik sgt anak nya Kak Abby. Saya mendoakan allah permudahkan segala urusan Marissa. Tak apalah atas apa silap langkah yg telah berlalu. Saya puji sikap Kak Abby yg sabar dan walau mcmn pun sentiasa bersama anak2. Moga besar hikmah dan rahmah buat anaknya.. “
Tiada ibu yang boleh tenang hatinya selagi anak yang disayangi hidup dalam keadaan yang tidak bahagia dan dihargai oleh pasangan. Semoga ada jalan penyelesaiannya untuk Marissa. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Marissa dan semoga semuanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


