Artis / Selebriti
” Ad0h kenapa sekali dengan aku gelak macam Gabriel.. ” – Netizen
Video Emma Maembong Bermain Dengan Anaknya, Shariq Gabriel Sebelum Keluar Bekerja. Amboi Seronok Gabriel Menari Dengan Mommy Ye. Comel Sungguh Dia Gelak !!
Pejam celik, sudah 4 bulan usia anak sulung pelakon cantik Emma Maembong. Si comel bernama Shariq Arshan Gabriel ini antara bayi yang popular di kalangan peminat masa kini. Sehingga kini Gabriel sudahpun mempunyai seramai 142 ribu pengikut di akaun Instagramnya.
Menerusi akaun Instagram Shariq Gabriel, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat Gabriel ketika bersama Emma dan Auntie Anan sebelum mereka keluar bekerja. Emma yang sudah kembali aktif dengan jadual penggambaran ini menghiburkan Gabriel sebelum men1nggalkan si kecil itu.
Membuat lagak menari sambil Gabriel dipegang oleh Auntie Anan, kelakuan Emma itu membuatkan Gabriel ketawa. Suara ketawa Gabriel itu sudah semakin kuat dan jelas kedengaran. Usia sebegini, bayi memang cepat terhibur dan buat apa sahaja pasti akan mencuit hati si kecil.

Gabriel yang sering dipuji peminat kerana wajah comel dan matanya yang cantik itu nampak terhibur betul dengan gurauan mommynya itu. Auntie Anan pun melayan dan ketawa dengan telatah Emma dan Gabriel ini.
Jom tonton video di bawah :
Mommy yang ceria pasti anaknya pun akan gembira selalu. Ketawa Gabriel itu tentu menyenangkan hati mommynya sebelum keluar bekerja. Antara komen-komen peminat :
” Uishh mama Shariq tengah berlatih berkejar ke tu sebelum dapat kaki hehe. Eii comel ger4mnya.. cute baby boy.. “
” Suka tengok mama dia, releks je pakai baju gitu kat rumah pun. Enjoy the moment as a mom, comel betul la Gabriel ni.. “
” Happynya dia, cute sangat ni. Syok tengok cute geng anak saya mix Russian. Aduh, kenapa sekali dengan aku gelak macam gabriel.. “
” Ger4mnya comel sungguh awak Shariq, hands0me boy. Mula2 mata nampak bulat macam tak0t, bila dance terus gigi pun tak nampak berdekah.. “
” Ala comelnya muka Emma sangat, sukanya dia cemboi ni. Sampai saya tersengih sengih.. adeh. Mudah terhibur betul anak Emma ni.. “
” Suka dia, ketawa kuat cute sangat. Alahai ger4mnya rasa nak cub1t-cub1t pipi comel tu. Comel sungguh Shariq Gabriel.. “
” Cerdik Shariq ni.. pandai dia respon pd mommy.. Emma ni macam perangai ayahnya, lucu. Sambil-sambil maknya exercise hehe.. “

Melihat anak ketawa riang sebegini sememangnya membuatkan semua ibu gembira. Kenangan manis yang tidak akan berulang dan pastinya akan tersemat di hati. Semoga Gabriel membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shariqgabriel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen


