Artis / Selebriti
” Aaisyah lepas kena berleter terus nampak perangai budak-budak dia, haha.. ” – Netizen
Video Rozita Che Wan Sedang Menyiapkan Anaknya, Aaisyah Dhia Rana Buat Ramai Terhibur. Comel Muka Pasrah Aaisyah Kena Tadah Telinga Dengar Mak Dia Bising Tak Berhenti, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram milik pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Che Ta bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sedang menggayakan beberapa helai baju raya.
Namun, telatah Che Ta berleter kepada Aaisyah mencuit hati ramai. Menerusi video itu, Che Ta sedang membetulkan tudung yang dipakai oleh Aaisyah sebelum mereka shooting kerana gelagat Aaisyah yang tidak duduk diam membuatkan tudungnya tidak terletak cantik.

Klik gambar untuk info..
Seloroh Che Ta mengatakan Aaisyah duduk seperti ‘cacing sedang mengorek lubang’ dan meminta agar Aaisyah duduk dengan elok kerana Che Ta risau jarum yang ada pada tudung tersebut akan tercucuk kepala Aaisyah. Mendengar leteran ibunya itu, Aaisyah tidak berkata apa-apa pun.

Menerusi video lain pula, memaparkan gelagat Aaisyah yang memakai handbag Che Ta. Kata Che Ta, Aaisyah memakai handbagnya kerana mahu meniru bergaya seperti Che Ta. Perkongsian video-video ini mengundang tawa warganet melihat gaya Che Ta berleter serta hingga kini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Che Ta dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aaisyah lepas kena berleter terus nampak perangai budak-budak dia, haha.. Comel betul tengok perangai dua beranak ni, hahahaha.. “
” Haha.. Anak tgk cekta beletiaq dia kata “macam mama bebel kat orked.. Rasanya smua anak gugurl manja menggeletis gini trmasuk la dgn kitew2 sekali gitew.. “
” Bila mak dia berletiaqq, hahahaha tengok muka dia lawak.. Auto nampak Ecah ni budak2 sebenarnya.. Tu lah hang dok bagi elok2 skit Ecah oi.. “
” Menurun lah tu Che Ta.. Like mummy like dotter hahaha.. Ank dara kami pun lagutu hampa dok tak diam st kelebek tudung sini sana smpai ank rmbut pun terkeluaq hbs.. “
” Bila mak2 beletiaq kluaq segala mak nenek.. Hahahhahahahah.yang ada anak pompuan mesti paham.. Makin besaq dah aisyah… Lawa ikut mak dia.. “
” Tanyaa lagi menurun sapaa.. Nasib Aisyah tak bebel ikut skli.. Senyum je dia.. Dia tiru mak dia sngguh laa. mcm mana mak dia jalan pganga handbag apa tu dia perati jaa.. “
” Comey je budak Ecah tu. Sengih² dengo mak dia bebel². Ecah.. Ecah.. Dah besar ni ada gaya menurun bebel mummy dia ni.. “
Baiknya Aaisyah, langsung tidak cakap apa-apa atau melawan apabila Che Ta tengah berleter, comel je tengok muka pasrah Aaisyah tu, nampak lah Aaisyah anak yang mendengar kata. Apa-apa pun, dua beranak ini memang melet0p sangat lah menggayakan pakaian raya mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rozitachewan1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen



