Artis / Selebriti
” Aah sudah la, daddy tak boleh cari mummy baru haha.. ” – Netizen
Fizo Omar Kongsi Video Gelagat Anaknya, Wan Maryam Yang Tidak Suka Fizo Menyebut ‘Love You More’ . Dengar Perkataan ‘More’ Pun Cik Yam Dah Anti. Agaknya Cik Yam Ingat Nama Awek Daddy ‘More’ Kut, Haha !!
Walaupun sudah lebih 2 tahun berstatus duda, pelakon kacak Fizo Omar nampaknya selesa dengan statusnya itu. Anaknya, Wan Maryam juga sangat rapat dan manja dengan Fizo. Setiap minggu pasti ada sahaja video Maryam yang dikongsikan Fizo.
Maryam yang semakin besar juga semakin banyak keletahnya. Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Fizo Omar, satu video Maryam berbual bersama Fizo dimuatnaik. Baru sahaja beberapa jam dikongsikan, video ini sudahpun ditonton sebanyak lebih 73 ribu tontonan.
Dalam video ini, Fizo menyebut perkataan ‘I’ dan disambung Maryam dengan ayat ‘Love you’. Apabila Fizo mengatakan ‘i love you more’, terus Maryam menghent4kkan kakinya dan memberitahu jangan sebut ‘more’.

Puas diterangkan oleh Fizo bahawa ‘more‘ itu adalah sayang lebih tetapi Maryam tidak mahu daddynya menyebut ‘more‘. Seperti kata Maryam, sebut ‘love you Maryam’ sahaja. Alahai si cantik manis ni, entah apalah yang difahamkan dengan perkataan ‘more‘ itu, haha.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Maryam ini telah mencuit hati peminat dan mereka juga mengusik Fizo mungkin Maryam menyangka ‘more‘ itu nama kekasih Fizo. Antara komen-komen peminat :
” Aah sudah la daddy tak boleh cari mummy baru haha. Maryam ingat MORE tu nama mommy baru gamaknya haha.. ”
” Ah sudah, bagitahu Maryam more tu cantik. Lagi angin la dia nanti haha. Dengan ‘more’ pun jeles yam ni. Jah4t la si ‘more’ ni haha.. “
” Daddy Maryam mcm tak paham ja. Berdebat dengan perempuan mana boleh lelaki menang. Maryam dh buktikan perempuan sentiasa betul haha.. “
” Dia ingat More tu awek daddy kot hehe. Comel ya amat la cik yam ni. Nasib la si ‘more’, Maryam anti dengan dikau haha.. “
” Hab1slah daddynya tak boleh cakap love you dekat orang lain ni. Paroh la daddy haha, cerdik Maryam ingat daddy love orang lain namanya ‘more’.. “
” Cute sangatlah Maryam. Daddy jangan lah guna ayat more lagi. Maryam nanti tak happy tau haha. Funny dan sweet pun ada Maryam ni.. “
” Dengan more pun jeles cik yam ni haha, kuat cemb0ru dia tu. Daddy pun kuat ngosek teh haha. Mummy baru ada nama More mo camtu kot daddy haha.. “

Ad0hlah Maryam, dari minggu lepas lagi belum sudah dengan perkataan ‘More‘ tu. Punyalah tak suka daddy sebut ‘more’ ya Maryam sayang. Sweet dan sayang sungguh Maryam pada daddy nampaknya. Apa pun, happy selalu Maryam dan stay safe walau di mana berada.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

