Artis / Selebriti
” Aaa melting dengar suara Kak Ninie, sedap sangat-sangat.. ” – Komen Netizen
Video Ernie Zakri menyanyi lagu Amira Othman dan Irfan Haris, Rasa & Takdir raih pujian ramai. Wah sedapnya Ernie menyanyi lagu ni. Sambil duduk dalam kereta je Ernie menyanyi, tetap padu suara Ernie..
Meninjau di akaun TikTok milik penyanyi, Ernie Zakri, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan Ernie sedang menyanyi sebuah lagu. Menerusi video itu, Ernie menyanyikan lagu bertajuk Rasa & Takdir nyanyian asal oleh penyanyi, Amira Othman bersama adiknya, Irfan Haris.
Kelihatan Ernie menyanyi dengan penuh penghayatan dan nyanyian Ernie didengar begitu merdu meskipun Ernie hanya menyanyi sambil duduk di dalam kereta. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet serta para peminat Ernie.
Ramai yang meluahkan rasa kagum mendengar suara Ernie menyanyikan lagu tersebut. Bahkan ada yang meminta agar selepas ini Ernie berduet bersama suaminya, Syamel untuk menyanyi penuh lagu Rasa & Takdir. Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan suara Ernie sangat sesuai membawa lagu seperti ini.

Sehingga kini, video nyanyian Ernie telah ditonton lebih 1 juta tontonan dan menerima ribuan komen serta ratusan ribu tanda daripada warganet. Alahai sedap sungguh suara Ernie menyanyi lagu tema pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman ini. Patut lah ramai yang memuji, tak puas mendengarnya.
Tonton video di bawah ini :
@erniezakri23 bagaimana bisa semua sepantas ini 🧸🎶
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan kepada Ernie. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aaa melting dengar suara Kak Ninie, sedap sangat-sangat.. Sama mcm Siti Nurhaliza… Terasa ada background tu ada muzik. Merdu giler.. “
” Sedapnyaaaaa thank you kak ninie sudi coverrr.. Full duet dgn bangmel plishhhh kaknini.. Tak sabar nak dengar tau.. “
” Selain tokti, aku lurve teruk dgn suara erni.. Jerit dia tak bingit. Low key dia merdu. Tone sesedap halwa telinga. moga jadi next biduanita negara. Aamiin.. “
” Nanti kahwin nak pasang suara kak Ninie yang ni je, kalau aku kahwin 5 jam, 5 jam aku pasang ni je. Lantak korang laa dengar ni je.. “
” Dari lirik lagu ni kita bole nampak percaturan Allah tu sangat indah .. Semuanya sudah tertulis.. Sedap sangat Ernie nyanyi, suara terbaik.. “
” Lagu ni mmg berhantu weiii.. Pergi mana mana, buat apa apa mesti lagu ni kita nyanyi hahahaha.. Sedappp suara kak ninieee.. “
” Group isteri syurga kumpul sini, hehehe.. Tak sedar smbil dengar badan pun ikut menari adehhh vitamin vitaminn makes my day.. Next pls kak nini dengan bagmel pula nyanyi sama2.. “
Umum mengetahui, beberapa hari lalu, Fattah Amin dan Amira Othman telah selamat bergelar suami isteri dan sekali gus lagu nyanyian Amira ini menjadi siulan ramai kerana lagu tersebut seperti mengisahkan perjalanan takdir percintaan antara Fattah dan Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok erniezakri23
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


