Viral
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
Video pendedahan Imam yang menguruskan jenazah arwah Zara Qairina di Solidariti Justice For Zara di Tenom buat ramai sebak. Sedih dengar suara Imam hampir menangis bercerita ketika jenazah Zara dikeluarkan dari kubur..
Kisah anak remaja malang, Zara Qairina mendapat perhatian serata negara, malah sehingga ke negara luar juga. Pemergian Zara yang tragis masih menjadi tanda tanya dan sedang diperjuangkan oleh ibunya, Noraidah Lamat dan seluruh negara melaungkan Justice For Zara sebagai tanda sokongan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hetsuuuu4, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perkongsian cerita oleh imam yang menguruskan jenazah Zara. Imam ini yang membawa pulang Zara pada kali pertama pengebumiannya 17 Julai yang lalu dari Hospital Queen Elizabeth 1.
Imam dan team yang sama juga yang menggali semula kubur Zara dan menyelesaikan pengebumian kali kedua. Kisah di sebalik penggalian semula kubur Zara diceritakan di hadapan ribuan orang semasa majlis solidariti Zara di padang Bandaran Tenom semalam.

Insaf dan menyedihkan, itu yang dapat disimpulkan setelah mendengar cerita imam ini. Bagaimana keadaan jenazah Zara ketika dikeluarkan sehingga membuatkan imam dan team menangis kerana dapat melihat kekuasaan Allah. Hanya insan yang bertuah dapat dimuliakan seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
@hetsuuuu4 Pendedahan Khas Daripada Pengurus Jenazah Arwah Zara Qairina yang turut hadir bersama orang2 Tenom untuk hadir bersolidariti Justice For Zara Qairina di Padang Bandaran #justiceforzaraqairina
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku yg non-muslim ni sebak menahan air mata dgr perkongsian dari brother ni. Bertuah daerah Tenom mendapat perkongsian khusus dari team yang mengurus jenazah Zara.. “
” Allah.. Untung nya kamu adek zara, allah pilih kamu, kamu menegakan agama dgn mencatat nama yg tdk solat dan kerana itu kami dibuli, syahidnya kamu dek… AL-FATIHAH, kisah kamu ini akan ttp kami ingat selamanya.. “
” TERIMA KASIH ADIK ZARA MENYEDARKAN KAKAK.. dlu kakak bersekolah agama .. dah besar ni bgini TDK menjaga solat/Al-Quran.. LPS ni akak akan jaga solat dan quran.. “
” Arwah zara ni dia hnya org biasa.. tp dia disanjung lebih tinggi dr raja.. krna Allah telah memilihnya.. Allah Maha Besar.. “
” Betul2 kuasa Allah.. Arwah Zara Qairina bidadari syurga. AllahuAkbar… itu lah Arwah zara… Allah jaga jasad nye.. msh sempurna.. AllahuAkbar.. “
” Mengalir terus air mata ini. setiap kali dngar tntang prjalan hidup smpai la adik mnjadi arwah.arwah adik zara bidadari syurga. justiceforzara.. “
” Jgn main2 dgn doa org teraniaya.. apa agaknya doa arwah semasa dia di perlakukn sebegitu.. sehingga jasadnya x d mamah bumi even da 3 minggu d semadikan.. ttp utuh.. nk memberithu dunia ape yg berlaku pdnye.. igt la.. kuasa Allah melebih segalanya.. cctv dunia mmg boleh d padam.. tp Allah Maha Melihat n Maha Mengetahui segalanya.. “
Kisah yang menyentuh hati dan membuktikan betapa Allah menjaga dan mengangkat darjat makhluknya yang menjaga solat dan aurat. Teladan untuk semua dan boleh dijadikan inspirasi untuk menjadi insan yang lebih baik. Semoga arwah Zara tenang di sana dan berbahagia di taman syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hetsuuuu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen


