Artis / Selebriti
” 2024 off to a beautiful start.. ” – Ameera Khan
 
																								
												
												
											Ameera Khan Muatnaik Gambar Terbaru Ketika Di Masjid Nabawi. Komen Meerqeen Cur1 Perhatian Warganet. Ada Yang Komen Ini Kali Kasi Jadi Lah Merqeen !!
Adik kepada selebriti dan usahawan Neelofa iaitu Ameera Khan antara yang popular di kalangan wargamaya. Ameera sering menjadi perhatian ramai kerana gaya dan penampilannya selain wajahnya yang cantik dan sedap dipandang mata.
Meninjau entry terbaru Ameera di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Ameera berada di kota Madinah. Anggun sungguh Ameera mengenakan hijab serta jubahnya dan ramai yang memuji kecantikkannya itu.
Ramai yang menyukai jika Ameera terus istiqamah dengan penampilannya ini dan mendoakan yang terbaik untuk Ameera. Untung Ameera setiap tahun dapat menjejakkan kaki ke bumi kelahiran Rasulullah ini. Permulaan tahun yang indah buat Ameera.

Di sebalik komen-komen warganet, terselit komen daripada pelakon kacak Meerqeen. Ianya menjadi usikan warganet kerana Ameera dan Merqeen agak akrab hubungannya. Merqeen juga pernah menemani Ameera ketika sesi live di Tiktok baru-baru ini.
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, lebih 84 ribu tanda suka daripada warganet telah pun direkodkan untuk posting ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ameera.. semoga istiqamah satu hari nanti .. kitaorang semua doakan awak.. mabrur baby, amin.. ”
” Bertuahnya dapat jejak kaki every year kat sini… doakan sy juga.. cantik Ameera ni.. suka tengok ayu macam ni.. ”
” Alhamdulillah… cantiknya baby.. haa kan molek macam ni. suka nya boleh pergi tiap-tiap tahun.. ”
” Masha Allah, so pretty with hijab. jarang nak post pasal artis , tapi i like u sbb tu i komen .. semoga isitqomah ameera .. buat utk diri sndri bukan org lain.. ”
” Ameera, awak meme comel dooh. Sempurna sangat ciptaNya. MasyAllah.. cantiknya baby.. We pray for u the best.. ”
” Terus istiqomah dik krn dirimu terlalu berharga. Moga Allah kurniakan mu umrah yg mabrur.. ”
” Alhamdulillahhhh…. Smuga dprmudhkn urusan umrah disana. Kekalkn pemakaian begini hingga akhir hayat… Aaminnn.. ”
Ini pula komen yang diberikan oleh Merqeen. Mungkin Meerqeen turut terpesona dengan penampilan Ameera.

Amboi bukan main lagi warganet mengusik Meerqeen, kasi jadi katanya. Apa-apa pun, semoga segala impian dan azam Ameera untuk tahun 2024 ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Permulaan yang baik dan pengakhiran yang baik, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ameera Khan, IG Meerqeen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 


 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
