Artis / Selebriti
” Why do you ask Jebat to call you babah ? ” – Fara Fauzana
 
																								
												
												
											Ditanya Oleh Fara Fauzana Mengapa Jebat Jayden Memanggil Sharnaaz Ahmad Dengan Panggilan ‘ Babah’, Ini Jawapan Sharnaaz. Oo Baru Tahu, Ini Sebabnya !!
Sebut sahaja nama Jebat Jayden, ramai yang mengenali si cilik ini. Ada sahaja perkongsian mengenai gelagat Jebat bersama babahnya, Sharnaaz Ahmad di media sosial pasti mencuit hati. Malah Jebat juga mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya.
Terbaru,menerusi akaun Instagram dbilique, telah berkongsi satu video pendek yang memaparkan pengacaranya, Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau telah membuat diskusi secara online bersama pelakon Sharnaaz Ahmad yang merupakan artis jemputan dalam rancangan tersebut.
Tajuk yang diborakkan oleh Fafau dan Sharnaaz adalah topik bersempena hari bapa yang bakal tiba tidak lama lagi. Fafau telah bertanyakan satu soalan kepada Sharnaaz iaitu, mengapa Sharnaaz telah memilih panggilan ‘babah’ untuk dipanggil oleh Jebat kepada dirinya.

Sharnaaz telah memberikan jawapan bahawa, panggilan tersebut adalah panggilan orang lama-lama bagi negeri Pulau Pinang. Sempat Sharnaaz berseloroh dalam video tersebut, berkata Jebat hanya mempelajari bahasa Melayu sahaja dan tidak tahu panggilan bahasa Inggeris seperti Daddy.
Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :
Wah memang unik panggilan babah tu, sebab jarang sekali untuk kita mendengar anak-anak sekarang memanggil panggil seperti itu kepada bapa mereka. Selalunya panggilan seperti ayah, abah, daddy.

Bagi yang mengikuti Sharnaaz di Instagram, pasti tahu Sharnaaz memang sering menggunakan loghat Penang ketika bercakap dalam video-videonya dan untuk rekod, Sharnaaz merupakan anak kelahiran negeri Pulau Pinang.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Dbilique, Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
