Artis / Selebriti
” Tak sangka pakcik nak cakap macam tu. Sampai terduduk malu Bella dibuatnya, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah terkedu sampai terduduk apabila kena usik dengan pasangan warga emas buat ramai terhibur. Bella baru ingat nak menyakat pakcik dan makcik tu. Sekali Bella pula yang terkena balik, haha..
Meninjau di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan video yang memaparkan Bella ada membuat content sebuah produk aiskrim jenama terkenal. Menerusi video itu, Bella berada di sebuah taman dan mencari beberapa pasangan yang sedang santai bersama untuk diberikan aiskrim.
Namun, apa yang menarik adalah Bella menemu ramah pasangan warga emas. Ketika sedang menemuramah, Bella ada menyakat pakcik dan makcik tersebut kerana tidak mengajaknya ke rumah untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh mereka.
Tidak disangka, dengan spontan pak cik tersebut berkata bagaimana mahu menjemput Bella datang ke rumah, sedangkan Bella asyik berada di Muar. Mendengar apa yang dikatakan oleh pak cik tersebut, Bella memberikan reaksi terkejut dan terus ketawa.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet dan para peminat Bella. Usik mereka, tidak menyangka orang seusia pakcik dan makcik ini turut mengikut perkembangan Bella dan YB Syed Saddiq. Sehingga kini, video ini menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Bella ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh mereka. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Tak sangka Bella kan dengar apa yang pak cik tu cakap, haha.. Pakcik lbih mantop ni. Mst selalu senduk kan mknan utk mkcik kn pakcik.. “
” Comel kena perli dgn pakcik tu asyik kt Muar je.. Tgkkk org2 lebih brumur pn.. Secara tk logik blh tahu psl korang dua tauu . Jadi tau … Hee.. “
” Awak dekat Muar je” Pacik pun tgk Bass taw.. Jangan main2 ok pakcik makcik pun follow Bass rapat2.. Hehehe nampaknya ramai yang tak sabar tengok Bella kahwin ler.. “
” Yg pakcik greeflag tu bella dh macam anak dia wehhh cutee giloo.. Aku tengok pun senyum ketawa.. Tak bajet pakcik tu nak cakap mcm tu, hehe.. “
” Pakcik up to date eh.. Mesti geng senyum2 jugak tengok video BASS nih.. Hahaha sampai terduduk malu Bella dibuatnya, hehe.. “
” Oh ni lepas balik masak2 dekat rumah YB. Ni lah yg tergesa g shooting tu.. Part ‘bila lagi?‘ tu senyuman len maciemm eh, hahaha.. “
” Patutnya Bella pnjg kan sikit sampai abg yg pakai Baju green sage yg ckp “ya Allah, ya Allah”… Sbb reaction dia comel sgt bila terserempak dgn Bella, haha.. “
Terkedu Bella dibuatnya sambil ketawa dan terduduk, comel sungguh telatah pakcik itu menyakat Bella. Bak komen warganet, Bella seorang yang baik, semestinya ramai yang mendoakan yang baik-baik buat Bella. Apa-apa pun, kita doakan semoga segala urusan Bella dari segi kerjaya mahupun kehidupan peribadinya sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen


