Artis / Selebriti
” Selain Izara, mak Izara memang so cantik.. ” – Netizen
Izara Aishah Kongsi Gambar Ibunya, Puan Shafina Khalid Ketika Muda. Iras Betul Dengan Muka Izara, Cantik !!
Izara Aishah antara selebriti yang mempunyai wajah cantik dan penampilan yang up to date. Isteri kepada Adib Khalid ini juga bergelar ibu kepada seorang anak perempuan yang diberi nama Irisa Alaia yang kini berusia 1 tahun.
Izara umumnya diketahui peminat seorang yang menjaga privasinya. Jarang sekali Izara membuka ruangan komen pada setiap posting nya di Instagram. Selain Alaia, gambar bersama keluarga mertuanya juga banyak dikongsikan.
Meninjau ke Instastory Izara, Izara membuka peluang untuk peminat bertanyakan apa-apa soalan untuk dijawab Izara. Dek kerana rambut Izara yang cantik dan lebat, ramai juga peminat yang meminta tips penjagaan rambut daripadanya.

Dalam salah satu soalan tersebut, ada yang memuji wajah ibu Izara, Puan Shafina Khalid yang dikatakan cantik. Izara membalasnya dengan ucapan terima kasih dan sekeping gambar lama ibunya itu disertakan untuk tatapan peminat.
Jom baca perkongsian di bawah :

Memang tidak dinafikan, ibu Izara ada kecantikannya yang tersendiri. Dengan rambut lurus dan hitam sama seperti Izara, sekilas pandang nampak seperti Izara pun iye. Patutlah anaknya cantik, mengikut wajah ibunya rupanya.

Bak kata pepatah, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Sehingga kini juga, ibu Izara tetap nampak anggun. Apa pun, semoga Izara sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang. Buat Puan Shafina pula, stay young dan stay safe selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Izara Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen


