Artis / Selebriti
” Sedap suaranya, macam vibe penyanyi Indonesia.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video anak Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie sertai program realiti terbaru Talk To My Manager raih perhatian ramai. Alahai sedap sungguh suara Hadie, Ina pun semakin cantik berseri..
Satu program realiti terbaru iaitu Talk To My Manager bakal bersiaran di saluran Astro tidak lama lagi. Program ini membariskan beberapa peserta yang terdiri daripada kalangan anak-anak selebriti dan ibu atau bapa mereka pula bertindak sebagai manager mereka.
Antara peserta yang mencuri perhatian ramai ialah Ina Naim dan anaknya, Ehmad Hadie Elfardie yang berusia 17 tahun. Ina bertindak selaku manager buat anaknya dan pastinya para peserta akan menunjukkan kehebatan masing- masing.
Satu video telah dikongsikan ketika sesi memperkenalkan para peserta telah dimuatnaik di akaun instagram Media Hiburan. Menerusi video tersebut, Hadie menyanyikan lagu berjudul Andai Ku Tahu dan suara Hadie cukup merdu serta sedap didengar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Selain itu, ramai netizen yang memuji penampilan Ina Naim yang sangat cantik dan manis serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi berbanding dulu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruanagn komen, ramai yang memuji kemerduan suara Hadi. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sore dia vibes² indo weii mcm sore DD raise de star best layan sore camni.. Apa ig anak ina ni.. sedap nye suara awk dik.. “
” Hensem anak ina ni tambah ada bakat şeni alhamdulillah anak yg baik. Sedap suaranyaa.. mcm vibe2 penyanyi indo .. “
” Suara Hadie macam orang Indon. Sedap suaranya. Dan dia ada malu² sikit.. Awet muda la Ina Naim ni..nampak mcm siblings je ngn anak dia tu .. “
” Anak ina naim ni ada iras2 tiktokers yg perempuan nama angah yg buat gaya tomboy tu..mula2 tgk anak ina pastu teringat mcm muka angah tu.. “
” Ni klu polish lg, mesti lg syahdu. ada vibes indo gitchuww luvv goodluck adik. Pertama kali dengar pun terpesona…sedap suaranya.. “
” Sedap suara. Tone dia sedap. Ina naim makin glowing. hensem suara sedap smg berjaya dunia akhirat dik.. ina naim tu betul2 nmpak muda+makin cantik.. “
” Tgk kuasa Tuhan, dulu ramai mengecam famili ni…Tp, Allah angkat kelebihan mereka skrg ni, rezeki…lawa je ina pakai hijau camtu.. “
Antara barisan peserta yang lain ialah anak kepada Shuib Sepahtu, Liza Hanim, Ameng Spring dan ramai lagi. Semoga Ina Naim dan Hadie berjaya memikat hati para juri untuk memenangi pertandingan ini. All the best and good luck buat Hadie.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
