Artis / Selebriti
” Saya terkejut Abang Red datang bagi hadiah cincin untuk Adira. Gentleman lah Tok.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Red Membuat Kejutan Memberikan Cincin Kepada Adira Suhaimi Di Hadapan Ramai Raih Perhatian Warganet. Wah Romantik Lah Dato’ Red, Terkedu Sekejap Ami Dibuatnya !!
Baru sahaja tadi berlangsungnya majlis pelancaran koleksi barang kemas Miragold yang turut menampilkan Adira sempena pelancaran Siti Adira Collection. Rezeki Adira dapat bekerjasama dengan Miragold dalam bidang perniagaan berasaskan emas.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram MStar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Red memberikan kejutan kepada Adira. Dato’ Red dan anak gadisnya turut hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada Adira.
Tanpa Adira mengetahuinya, Dato’ Red dan pengurusan Miragold telah pun merancangkan kejutan ini. Kelihatan Dato’ Red naik ke pentas menyerahkan sebentuk cincin kepada pengasas Miragold seterusnya disarungkan ke jari Adaira. Reaksi wajah Adira kelihatan sebak saat Dato’ Red naik ke pentas dengan memegang kotak cincin itu.

Dato’ Red juga ada membuat video khas di akaun Tiktoknya bagi menjelaskan peristiwa ini. Dato’ Red ditugaskan sebagai pembawa cincin. Menurut Dato’ Red, buat waktu sekarang dirinya masih belum mampu untuk membelikan Adira hadiah mahal sebegitu. Penerangan Dato’ Red ini mendapat pujian daripada ramai.
Jom tonton video di bawah :
@dato..red saya harap kehadiran sebagai pembawa cincin ini bermakna di hari jadi dia… selamat hari lahir buat @adirasuhaimi.AMI #abgred #datored #iditvideo #barubelajar #iditvideo #samtinglikedat #fyp #bdayami #miragold
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sebak pulak tengok.. mcm i la dah bercerai 6 tahun.. tup2 berjodoh semula dgn org yg sama.. lagi makin syg tau.. “
” Sweetnya kan, kalau dah Tua2 nmpk sweet betul kalau buat gini, kalau yg muda2 buat alahaiii that lah.. “
” Asal aku pulak yang lebih-lebih senyum ni.. aaahh yee.. Tersipu malu Dato’ Red. Apapun saya doakan semoga berbahagia hingga Jannah.. “
” Dato Red memang gentleman.. sweet couple.. semoga mereka disatukan semula cepat.. Tahniah dato red dan adira.. nampak dato red macam sebak.. “
” Ya Allah saya terkejut abg red dtg bg hadiah cincin dgn adira. sy faham apa rasa yg tersorok jauh di sudut hati tok masa ni… fhm sgt. tahniah tok kerana kuatkan hati utk dtg wlupn hnya sbgai penyampai. semua org jd saksi yg tok sdg berjuang utk buat yg terbaik.. “
” Tok sangat ikhlas.. saya respect.. this is real man.. hari ni pembawa..satu hari nanti pemberi utk sang dewi adirasuhaimi. AMI tok.. semoga dimurahkan rezeki berjodoh kembali abg red dan ami.. “
” Ami nampak sebak, terbaik surprise tok.. terharu sama, semoga dato red dan ami cepat disatukan bahagia sampai ke jannah.. “
Kejutan yang membuatkan warganet juga turut sebak menontonnya. Tidak mengapa Dato’ Red, hari ini sebagai pembawa, suatu hari nanti pasti Dato’ Red akan dapat memberikan sesuatu untuk Adira. Semoga Dato’ Red dan Adira dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG MStar, Tiktok Dato’ Red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


