Artis / Selebriti
” Saya teka Ernie Zakri tadi sal4h, rupa-rupanya.. ” – Netizen
Senarai Pemenang-Pemenang Malam Final The Masked Singer Malaysia Musim Pertama Dan Video Ketika Topeng Dibuka. Tahniah Bunga Raya Jadi Juara, Wahhh Tak Sangka !!
Malam tadi merupakan malam final rancangan realiti hiburan tempatan The Masked Singer Malaysia musim pertama yang disiarkan menerusi Astro Warna dan Astro GO. Untuk makluman program ini adalah idea asal program The King Of Mask Singer yang bersiaran di Korea Selatan.
Progam The Masked Singer versi Malaysia ini dibuat secara rakaman dan diadili oleh 8 orang juri tetap iaitu Dato’ Aznil Haji Nawawi, Ella, Angah Raja Lawak, Nabila Huda, Remy Ishak, Ramona Zam Zam, Zizan Razak, Raja Azura dan Michael Ang.
Malam kemuncak final ini menyaksikan 5 peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir membuat persembahan beberapa minggu sambil memakai kostum. Dari espisod pertama, ramai yang cuba meneka siapakah peserta yang di sebalik topeng tersebut sehingga juri juga pen1ng kepala untuk meneka mereka.

5 peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah Bunga Raya, Enggang, Orang Utan, Rajah Brooke dan Wau. Persembahan mereka pada malam ini tidak dapat dipertikaikan lagi kehebatan masing-masing. Semua peserta ada karakter dan aura yang tersendiri selain suara-suara yang lunak dan merdu.
Berikut adalah pemenang-pemenang The Masked Singer musim pertama :
Tempat kelima : Enggang (Vince AF1) :
Tempat keempat : Wau (Datin Alyah) :
Tempat ketiga : Orang Utan (Tuju K-Clique) :
Tempat kedua : Rajah Brooke (Vaneesa) :
Tempat pertama : Bunga Raya (Aina Abdul) :
Pastinya ada yang berjaya meneka dengan tepat dan tidak kurang juga yang salah. Namun akhirnya semuanya sudah terb0ngkar. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Tahun depan please panggil artis yg dh Lama tak muncul ramai lagi. Sebab best pulak meneka-neka ni.. Saya teka erni tadi salah rupa2nya hi.. “
” Tak sangka aina.. gaya dia comel2 je. Sed1hnya dah final inilah rancangan terbaik. yg gi final semua penyanyi.. “
” Tahniah Aina dan semua. Harap kalau ada season 2 bawak masuk ramai lg yg bukan penyanyi barulah lebih m1steri.. “
” Alhamdulillah thank god, queen ainaabdul mendunia. Thanks semua support aina abdul n keep support.. “
” Yeay.. berjaya teka salah.. nk teka aina tp tgk body mcm bkn aina.. sbb sbelum ni nmpk dia berisi sket.. tgk catchy cmtu mmg xteka la dia..
” Mmg ingat ernie zakri la sbb jnis nak4l2 cmtu.. tgk bdn kecik mmg ingat si ernie la.. tp dgr suara nyanyi final td mmg betul aina.. pndai betul die buat org kel1ru.. suara mmg power.. good job ainaabdul, you deserve it.. “
” Tahniah pada Semua Peserta & Yang Paling Woww kat situ. Tahniah ainaabdul, Suara Sedap Sangat. Memang akan Selalu Support Aina. Lagu Aina pun semuanya Sedap.. “
Tahniah kepada semua pemenang setelah 8 minggu bertanding dalam program nyanyian berkonsepkan m1steri ini. Bak kata Vince sebelum ini, semuanya pemenang tiada ‘pengalah’. Pastinya ramai yang merindui persembahan mereka selepas ini. Semoga terus berkarya dan menghiburkan peminat-peminat semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

