Artis / Selebriti
” Putih melepak betul baby. Unik sangat nama dia, berbelit lidah nak sebut ni.. ” – Komen Netizen
Tya Arifin kongsi berita gembira selamat melahirkan anak ketiganya. Alahai semangat betul baby Tya. Comel sangat, nama pun sedap. Gambar kedua tu cute, baru lahir dah pandai kenyit mata dan jelir lidah, hehe..
Tya Arifin ada memaklumkan berita dirinya sedang hamil cahayamata ketiga beberapa bulan yang lalu. Ianya mendapat perhatian warganet dan berita itu disambut dengan gembira. Penantian 9 bulan Tya akhirnya berakhir apabila Tya selamat melahirkan cahayamatanya itu.
Meninjau akaun Instagram Tya Arifin, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Tya bersama Asyraf Khalid dan bayi mereka itu. Tya memaklumkan dia selamat melahirkan secara normal pada hari Jumaat jam 11.11 malam. Baby Tya ini dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram.
Tya dan Asyraf sepakat menamakan bayi mereka ini dengan nama Aghnia Amira Jiwa. Melihat paparan gambar Tya itu, ramai yang memuji kecomelan wajahnya. Putih melepak sungguh baby Aghnia ini, pipi juga chubby. Tya memang sporting kerana baru sehari melahirkan sudah berkongsikan wajah penuh anaknya ini untuk tatapan umum.

Gambar kedua yang Tya kongsikan juga mencuit hati warganet dan membuatkan ramai yang geram dengan baby Aghnia. Comel sahaja Aghnia jelirkan lidahnya. Baru sehari usianya sudah pandai bagi reaksi comel seperti ini. Tentu Arif dan Azzahra tidak sabar untuk bertemu adik mereka.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sama lah birthday kita.. Tahniah Kaktya ku sayang. Selamat berpantang.. MashaAllah comel sangat baby tu geyammmmm.. “
” MashaaAllahhh Alhamdulillah.. tahniah korang..Welcome aboard baby Aghnia.. Cutenya baby kecik-kecik dah posing.. “
” Alhamdulillah tahniah tya.. wah besar jugak baby Tya ni.. putih melepak betul.. unik sangat nama dia, berbelit lidah nak sebut ni hehe. “
” Alhamdulilah, tahniah kak Tya timang cahaya mata ke3 baby girl hehe betol I teka baby girl.. “
” Masya Allah comelnya baby.. macam anak patung, putih gebu betul. bestnya nama baby.. Gambar kedua tu chomel betul.. “
” Tahniah Tya.. selamat berpantang.. Cutenya.. pic no 2 pandai yr dia ejek. eh eh dia jelir lidah cute je.. hehe.. “
” MashaAllah alhamdulillah baby yang sangat putih lagi cantik. Tahniah Pn.Tya.. Tak sabar nak jumpa baby baru.. “
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Tya sepanjang proses melahirkan si kecil ini. Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Tya dan Asyraf atas kelahiran baby Aghnia Amira Jiwa. Semoga Tya cepat sembuh dan baby membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tya Arifin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


