Artis / Selebriti
” Part tak payah hantar anak pergi sekolah tu memang berdekah aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Rosyam Nor menyakat Fattah Amin mahu ‘kenenkan’ jodoh dengan Erma Fatima buat ramai terhibur. Macam-macam plan Dato’ Rosyam aturkan untuk Fattah. Berdekah Umie Aida gelak sebab nak kena terima Fattah jadi abang ipar, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Datin Sri Umie Aida, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Rosyam Nor sedang berborak bersama Fattah Amin. Tulis Umie di ruangan kapsyen, mereka bertiga sedang berborak sambil menunggu set untuk siap meneruskan kerja mereka.
Menerusi video itu, Dato’ Rosyam menyakat mahu menjodohkan Fattah Amin bersama kakak Umie iaitu Erma Fatima. Seloroh Dato’ Rosyam, jika Fattah memilih Erma menjadi isteri, Fattah tidak perlu memikirkan lagi untuk menghantar anak ke sekolah kerana Erma sudah berusia dan tidak boleh melahirkan anak.
Fattah turut berseloroh mengatakan jika dia berkahwin dengan Erma, semua jobs Erma akan dapat kepadanya. Namun, Fattah bertanya kepada Dato’ Rosyam, jika dia menjadi suami Erma, Umie terpaksa memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ dan situasi itu membuatkan dia seolah-olah tidak boleh menerimanya,

Mendengar berbualan Fattah dan Dato’ Rosyam itu, kedengaran suara Umie turut berdekah ketawa kerana terhibur dengan gurauan mereka. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Umie ini menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur mendengar perbualan Dato’ Rosyam bersama Fattah dan menyukai video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part tak payah hantar anak pergi sekolah tu memang berdekah aku gelak, haha.. Kuat menyakat betul lah Dato’ Rosyam ni, haha.. “
” Dalam cerita Lelaki Melayu Terakhir, Umie Aida jd mak Fattah. Tetiba nk kena jd adik adik ipar pulak.. Pening si Fattah tu, haha.. “
” Begitu jer kak Erma dpt Bamtah.. Tak payah try hard pon, hahahaha.. Mana tahu kan kalau jodoh.. Kita tggu komen kak Erma ok, haha.. “
” Hahahahaha lain macam nasihat sifu.. Dah senang tak payah nak pening2 kan.. Dapat yang janda berusia ni matang orang cakap, hehehe.. “
” Dato’ Rosyam memang suka betul mengusik Kak Erma.. Hahaha.. Sesuai lah Fattah, sbb suara kak Erma pun lembut dan perlahan.. “
” Haha… Mula2 merapu tp sekali malaikat amin… Mmg jadi bethol… Bertuah Fattah nnt Erma Fatimah bukan kaleng2… Adik iparnya DS Umie Aida lg la meletop, haha.. “
” Hahhahaa tak pyh htr anak ke sekolahh laaa yeee.. Ehh Erma dulu time muda2 cantik sangat lah, sekali tengok dah macam amoii ooo.. “
Kuat menyakat rupa-rupanya Dato’ Rosyam ini, terhibur semua dengan usikannya. Apa-apa pun, tulis Umie perbualan antara mereka itu hanyalah sekadar hiburan semata-mata. Sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk Fattah. Semoga Fattah cepat-cepat bertemu jodoh kembali dan segala urusannya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG umieaida9, ermafatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


