Artis / Selebriti
” MasyaAllah, nampak manis dan ayu. Moga istiqamah.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Kongsi Gambar Bertudung Litup, Ramai Puji Penampilan Terbaru Nina Iskandar Yang Kini Manis Berhijab. Cantiknya Nina, Tanpa Make Up Pun Lawa Sangat !!
Tidak dinafikan pelakon yang berasal dari negara Brunei ini sememangnya memiliki rupa paras yang begitu menawan. Nina Iskandar atau nama sebenarnya Nur Akmalina binti Iskandar ini telah mencipta namanya sebagai pelakon di Malaysia.
Ramai yang memuji Nina ini mempunyai pakej yang lengkap iaitu cantik dan mempunyai bakat yang baik dalam lakonan. Lakonan yang dibawa menerusi drama episod sering mendapat pujian kerana dia bijak menjiwai watak yang diberikan.
Meninjau di akaun Instagram milik Nina, dia telah berkongsi satu video bersama anaknya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin beberapa hari lalu, namum penampilan Nina dilihat memakai tudung labuh dan jubah serba hitam menarik perhatian ramai.

Malah semalam Nina sekali lagi telah berkongsi gambar terkini dengan imej bertudung bersama anaknya. Beberapa jam lalu juga, Nina turut memuat naik gambar secara bersorangan dengan memakai tudung litup dan wajahnya tanpa sebarang make up. Cantik sangat !!
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
Video Nina bersama anak tersayang :
Gambar Nina bersama anaknya yang dikongsikan pada semalam :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
https://www.instagram.com/p/CHAs4tlDxFH/
Gambar Nina yang baru dimuat naik beberapa jam lalu :
https://www.instagram.com/p/CHCeyvaDOya/
Perkongsian gambar tersebut telah menarik perhatian para peminat. Di ruangan komen ramai yang memuji penampilan Nina yang bertudung litup ini manis dan ayu dan mereka juga turut mendoakan semoga Nina akan terus istiqamah. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Alhamdulillah semoga sentiasa bahagia hingga jannah Nina, cantik betul penampilan Nina sekarang, teruskan ya.. “
” Saya antara peminat Nina, suka tengok Nina berlakon, teruskan macam ni Nina, you memang nampak manis bila bertudung.. “
” Subhanaallah.. Cantiknya Nina Iskandar, Alhamdulillah kalau ini adalah penghijrahan Nina, moga terus istiqamah.. “
” Comel anak Nina, Nina pun cantik, dah bertudung ke.. Kalau benar, alhamdulillah, memang makin bertambah cantik lah.. “
” Muka dah natural beauty lah Nina ni, bertudung labuh macam ni macam dah minah arab, memang cun sangat.. “
” Alhamdulillah suka tengok penampilan Nina macam ni, didoakan semoga Nina akan terus bertudung, aminnnn.. “
” Ger4m betul tengok si kecik tu, m0ntel, tangan pula berketul-ketul.. Nina pun makin cantik dengan perubahan macam ni.. “

Memang manis sekali penampilan terkini yang dikongsikan oleh Nina. Apa-apa pun, tiada sebarang kenyataan oleh Nina akan berubahan penampilannya itu buat masa sekarang dan kami dari Berita Kopak turut mendoakan semoga Nina akan terus istiqamah dalam menutup aurat. Sama-sama kita doakan. Aamin.
i
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nina Iskandar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
									 
									 
									 
									
