Artis / Selebriti
” Masha Allah, baiknya Amira sangat memahami. Nampak Mira sangat sayangkan Fatima.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video respon Fattah Amin dan Amira Othman apabila diajukan sooalan mengenai Nur Fatima Aisya. Amira sangat memahami pentingnya father figure dalam hidup Fatima. Banyak betul Aunty Mira puji Fatima ni..
Baru sebulan bergelar suami isteri, pasangan Fattah Amin dan Amira Othman seringkali menjadi perhatian media dan juga warganet. Pasangan ini disukai ramai kerana sikap mereka yang lemah lembut dan saling menyokong antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mingguan Wanita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah dan Amira ditanya mengenai anak Fattah, Nur Fatima Aisya. Kata Fattah, Fatima memanggil Amira dengan gelaran Aunty Mira sehingga ke hari ini.
Tambah Fattah lagi, dia melihat Fatima dan Amira gembira apabila bersama. Fatima juga sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran Amira dalam hidupnya. Amira juga turut meluahkan betapa pentingnya father figure dalam kehidupan seorang anak perempuan.

Kata Amira, Fatima memang sangat rapat dengan Fattah dan tidak mahu berenggang langsung dengan daddynya itu. Amira juga menyifatkan Fatima seorang anak yang pure, cheeky dan mudah didekati. Banyak kata-kata pujian yang diberikan oleh Amira terhadap Fatima.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-k0men yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Moga semua baik2. Moga pasangan ini berjodohan hingga syurga dan dlm lindungan Allah dr kejahatan manusia.. “
” Masha Allah, baiknya Amira sangat memahami.. Alhamdulillah ni jodoh yang tepat.. doa yg baik2 in sha Allah semuanya jd baik .mira ummi yg penyayang in sha Allah.. “
” Sebak pulak, Amira memang seorang yang baik.. Nampak Mira sangat sayangkan Fatima.. tumpang bahagia tengok family ni.. “
” Bertuah Fatima, hidup penuh kasih sayang dan ditatang bagai minyak yang penuh.. Alhamdulillah happy Fattah Amira.. “
” Happy family, Tak salah pilihan Fattah Amin jadikan Amira Othman sebagai isteri. Untungnya Fatimah dapat kasih sayang dari semua pihak. Mummynya, daddynya, Istery daddynya dan sekelilingnya. InshaaAllah. Marilah kita doa yg baik2 untuk mereka, dan kita semua.. “
” MasyaAllah tabarakaAllah.. semoga Allah memberkati perkahwinan fattah.. amira sampai syurga.. Aamiin… Doa yg baik2, ckp yg baik2.. “
” Tak faham jgk laaa korg approach fattmira. Dorg baru kahwin weii. Bagi dorg space plsss. Yang tanya soalan pun. Lucky, awal banyak cover hehe.. “
Seronok mendengar kata-kata yang Amira ucapkan, kata-kata yang matang dan menunjukkan Amira seorang isteri yang sangat memahami situasi Fatima dan Fattah. Aunty Mira bukan sahaja akan menjadi ibu tetapi juga kawan yang boleh Fatima bercerita apabila Fatima besar nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mingguanwanita, Tiktok Sinar Plus, Tiktok Fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
