Artis / Selebriti
” Malu-malu eh ko bang, kalau tak kemain lagi. Aafiyah minum protein, berdekah aku, haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Mencari Abang Food Panda Yang Viral Gara-Gara Guna Filter Muka Tokti Buat Semua Terhibur. Haa Cuak Member Tengah Konsert Besar Tokti Petik Nama. Sporting Betul Tokti, Siap Ajuk Balik !!
Semalam telah berlangsungnya Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena Bukit Jalil. Konsert ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat DS Siti. Malah ketika tiketnya dibuka untuk jualan sekitar pada bulan Disember tahun lalu, hanya dalam masa 2 jam sahaja tiket habis dijual. Hebatnya aura seorang yang bernama Siti Nurhaliza.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Haery_dean, telah dikongsikan suasana ketika konsert semalam. Dalam ribuan peminat yang hadir, DS Siti mencari seorang jejaka yang viral di applikasi Tiktok kerana banyak membuat video menggunakan filter muka DS Siti.
Riuh suasana apabila DS Siti meminta jejaka yang dikenali sebagai Syah itu untuk memperlihatkan dirinya. Sempat juga DS Siti berseloroh dan mengusik jejaka ini. Sikap DS Siti yang sporting dan menghargai peminat tanpa mengira taraf itu lah yang membuatkan dirinya disayangi.

Beruntung jejaka ini kerana dalam banyak-banyak video yang menggunakan filter DS Siti, video Syah paling menyerlah. Bukan satu video ye, berlambak video yang dirakamkan oleh Syah ini. Syah juga sempat memohon maaf kepada DS Siti kerana video-videonya itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@haery_dean Aduii banggg rezekii @Siti Nurhaliza cari abangg dalam konsert. @Syah #sebuahepitomesayasitinurhaliza
♬ original sound – Haery | EmployeeOfTheYear – Haery | EmployeeOfTheYear
@m_sy4h Saya sudah buat pemohonan maaf secara live ye.. kerana mengunakan wajah tokti
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Tak sabar nak tengok vtt abang food panda tu lepas balik konsert tokti.. sblm konsert kemainnn haha.. auto terus femes abg food panda ni.. ”
” Abang foodpanda mesti datang punyaaaa.. Wahhh untungnyaa dato siti panggil.. Abang foodpanda jadi glamer lah.. ”
” Bukti Tokti ni sangat menghargai semua peminat beliau. video abg foodpanda mmg menyinari idupku.gue mudah terhibur,now dato ct dh recognize him.. ”
” “Aafiyah minum protein” berdekah akuu haha.. “awak la yeee” halah2… bunyi cinderella versi dialihsuara ke bahasa melayu sangat tau tokti nii.. ”
” Merdunye lahai bila Siti Nurhaliza sebut “kenapeee”.. mana la org x syg tokti.. Aku dah agak mesti tokti seru dia hhahaa.. ”
” Wei.. tak tidur malam abang food panda tu dengar suara siti panggil dia.. untung besar lah bang.. malu-malu eh ko bang, kalau tak kemain lagi haha.. ”
” Suka dengan tokti, sopan je budi biacara. artis yg sgt dekat dgn hati peminat. Dari dulu smpi skrg.. tokti memang selalu appreciate peminat dia.. ”
Siapa tak ketar kaki kena seru depan-depan macam ni. Abang Foodpanda pun memang peminat tegar DS Siti, patut lah guna filter DS Siti. Apa-apa pun, konsert yang menghiburkan dan semua yang hadir gembira. Tokti selamanya penyanyi kesayangan dan nombor syatu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Haery_dean, m_syah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
