Artis / Selebriti
” Lawak bila dengar Sharnaaz ‘ jangan cakap banyak ‘ , haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Membantu Anak Mereka, Jebat Jayden Sedang Bersiap Buat Ramai Terhibur. Boleh Tahan Cerewet Juga Jebat Ni. Part Jebat Membebel Dekat Mummy Dan Baba Dia Memang Kelakar Betul. Naik Pening Baba Pun, Haha !!
Beberapa hari lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad mendapat kata pujian daripada netizen kerna menikmati percutian di Jepun bersama buat hatinya, Amelia Christie dan bekas isterinya, Noor Nabila. Perkara tersebut mula menjadi perbualan ramai selepas Sharnaaz berkongsi beberapa video bersama Nabila, Amelia dan Jebat Jayden bercuti di beberapa lokasi di negara itu.
Menerusi satu video, keempat-empat mereka nampak begitu seronok ketika berjalan-jalan di sebuah lokasi pada waktu malam di negara matahari terbit itu. Amelia juga turut berkongsi video gelagatnya merangkul mesra lengan Noor Nabila sekali gus membuktikan mereka berdua mempunyai hubungan yang akrab dan sangat baik.
Meninjau di akaun TikTok telah dikongsikan satu video baru memaparkan Sharnaaz dan Nabila bersama-sama membantu Jebat memakai sarung tangan. Gelagat Jebat yang sedang membebel mencuit hati warganet yang menonton video ini.

Ketika Jebat membebel, kedengaran Sharnaaz mengatakan kepada Jebat agar tidak bercakap banyak. Perkongsian video ini menerima lebih 9 ribu tanda suka dan telah ditonton ratusan ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikT0k. Alahai kelakar betul Jebat membebel, cerewet juga rupanya Jebat ni.
Tonton video di bawah ini :
(Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@sharnaaz.ahmad0 Sebaiklaaa anak sorang je haih #jebatjayden
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji ketawa dan terhibur melihat gelagat comel Jebat menerusi video tersebut. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Lawak bila dengar Sharnaaz ‘ jangan cakap banyak’ , haha.. Org tua selalu cakap ‘kau tunggu la bila anak kau dah pandai cakap’ .. Sekarang baru faham.. “
” Macam ni je.. Mulut dia.. Ger4m dengar.. Hihihi sekali baba cakap jangan cakap banyak.. Semoga Sharnaaz dgn Emilia berjodoh n Nabila bertemu seorang llk yg kekal hingga ke syurga.. Amiin.. “
” Jgn ckp bnyk hahahaha.. Sharnaaz is so done.. Semoga ade ruang buat mereka sama2 menikmati erti kaseh sayang, amin insyallah.. “
Pejam celik, pejam celik sudah besar pun anak tunggal Sharnaaz dan Nabila ni. Ramai yang tumpang gembira melihat keakraban Sharnaaz bersama Nabila. Mereka membuktikan kegagalan dalam rumahtangga tak bererti tidak boleh menjadi sahabat baik.

Untuk sekadar info, terdahulu Nabila pernah mendirikan rumahtangga bersama Sharnaaz, namun disahkan bercerai beberapa tahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun. Sementara itu, hubungan cinta Amelia dan Sharnaaz mula dapat dihidu apabila Amelia kerap menemani Sharnaaz di beberapa acara hiburan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sharnaaz.ahmad0
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti11 hours ago Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
