Artis / Selebriti
” Gatai baby noh, tak padan dengan kecik, hahaha.. ” – Netizen
Video Gelagat Comel Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Ketika Diusik Oleh Rosix Omar Buat Ramai Terhibur. Amboi Jebat Tengah ‘In Love’ Sampai Naik Jerawat, Siap Bagitahu Lagi Nama Awek. Bukan Sorang Awek Jebat, Dua Orang Sekali. Lawak Lah Jebat, Hehe !!
Sebut sahaja nama si cilik Jebat Jayden ini pasti ramai yang mengenalinya. Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ini seorang kanak-kanak yang bukan sahaja memiliki wajah yang comel, malah telatahnya juga membuatkan ramai terhibur.
Meninjau di akaun Tiktok Rosix Omar, telah dikongsikan satu video memaparkan dirinya sedang bersama Jebat. Menerusi video itu, Rosix telah bertanya kepada Jebat kenapa pipinya mempunyai bintik merah dan adakah bintik tersebut merupakan gigitan nyamuk atau pun jerawat.
Mendengar soalan yang ditanya oleh Rosix tersebut, pantas Jebat menjawab yang bintik merah itu merupakan jerawat. Kedengaran suara seorang wanita mengatakan jika bintik merah itu merupakan jerawat, Jebat sekarang sedang ‘ In love’ . Rosix turut menyakat Jebat dan bertanya sekarang Jebat sedang menyukai siapa.

Sambil tersipu malu, Jebat mengatakan yang dia sekarang menyukai dua budak perempuan bernama Halimah dan Herra. Mendengar jawapan yang diberikan oleh Jebat itu, terus Rosix berdekah ketawa kerana terhibur dengan pengakuan jujur oleh Jebat.
Tonton video di bawah ini :
@rosixomar25 Baby #jebatjayden in love la sampai naik jerawat!! Baby ckp dia syg 2 org!! Halimah & herra! Hebat bukan!! Baby player or buaya? 😂🤪😅🤣 #rosixomar #jebatjayden #nabila #noornabila #fyp #fy
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur mendengar perbualan Jebat dan Rosix menerusi video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Gatai baby noh, tak padan dengan kecik, hahaha.. Tak rilek lah baby, dua2 sayang.. Hahahahaha.. Rosix jangan lah kantoikan Jebat.. “
” Baghru anak PENANG baby nie.. Player kann. Curlasss player Penang kita.. Kecik-kecik dah pandai main cinta nah Jebat.. “
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Rosix ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok. Alahai Jebat, selamba saja cakap dia tengah sayang dua orang yer. Kalau tak buat kelakar memang bukan nama Jebat Jayden lah.

Umum mengetahui meskipun Sharnaaz dan Nabila telah lama berpisah, mereka tetap bersahabat baik dan bersama-sama membesarkan anak tunggal mereka ini dengan penuh kasih sayang. Apa-apa pun semoga Jebat terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok @rosixomar, IG jebatjayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen




