Artis / Selebriti
” Everything happens for a reason, harap terus kekal bahagia macam ni.. ” – Komen Netizen
Video percutian Abby Abadi bersama Memey Suhaiza, Norman Hakim serta keluarga raih perhatian ramai. Wah, seronok melihat kembali bahagia dan bercuti macam ni..
Percutian Abby Abadi sekeluarga bersama keluarga bekas suaminya, Norman Hakim bukanlah sesuatu yang baru. Sememangnya setiap tahun pasti ada percutian bersama dengan berkumpulnya satu keluarga untuk merapatkan ukhuwah bersama.
Meninjau ke akaun Instagram Norman Hakim, sebuah video yang memaparkan mereka sekeluarga telah pergi ke sebuah taman tema air telah dikongsikan. Hubungan antara mereka kembali jernih selepas dilanda beberapa konflik sebelum ini.
Seperti tiada apa yang berlaku, mereka dilihat kembali tersenyum dan meluangkan masa bersama dengan gembira. Masing-masing turut membawa anak yang menambahkan lagi keceriaan sepanjang percutian ini. Wah, sangat meriah sekali.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sekadar info, sebelum ini Abby pernah mengungkit mengenai sikap Norman selepas mereka berpisah terutamanya mengenai nafkah. Norman akhirnya datang meminta maaf dan mereka akhirnya berbaik.
Jom tonton video di Bawah :
Di ruangan komen, ramai yang gembira melihat keluarga ini kembali bersatu. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Abbyyyy kenapa cantik sgt nih..? X jemu mata memandang sejak dr Elite lagi.. Baju swimming ke tu, cantik. Everything happens for a reason.. “
” Abby sgt cantik. alhamdulillah ska tgk due family ni bersatu hati,, Moga baik2 sahaja utk ke2 family ni.. Dah, lepasni jangan gaduh2. Kalau rasa nk gaduh, buat group whatsapp.. “
” Sy suka tengok dua keluarga ni…harap² terus kekal bahagia macam ni…semoga allah lindungi keluarga ini dari segala sifat dengki dan iri hati manusia… “
” Suka memey bijak dalam mengatur kebahagiaan keluarga…untuk norman dorang bawa semua sekali termasuk anak2 tiri n bila untuk dorang punya kluarga sendiri hanya memey n anak2.. “
” Adui nak kene beli ni cardigan mey ni cantikkkk.. Semoga ukhwah sentiasa dlm lindungan Allah happy tengok semua dah bersama sama kembali.. “
” Kak abby lawo dri zaman anak dara smpi skrg memag lawooo.. Cantik sgt memey dgn abby.. macam ni kan rlok. Terbaik.. “
” Alhamdulillah… Suka tgk family ni dr dulu. Semoga akan berkekalan srlamanya, aamiin.. Tahniah Norman..Memey tetap cantekk sgt dan bergaya.. “
Seronok melihat keluarga besar ini kembali bersatu walaupun sebelum ini mereka menghadapi konflik. Sikap matang antara mereka yang sanggup menurunkan ego masing-masing membuatkan mereka kembali bahagia seperti dahulu. Moga terus bahagia, Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

