Artis / Selebriti
” Eh eh, Nora Danish versi kecil. Yang penting kita enjoy.. ” – Netizen
Video Seorang Kanak-Kanak Yang Seiras Dengan Pelakon Nora Danish Raih Perhatian Ramai. Eh, Sekali Pandang Macam Nora Tapi Ada Juga Kata Macam Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza !!
Meninjau ke akaun Instagram Drama Sangat, perkongsian sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang menari telah meraih perhatian ramai. Video ini dirakamkan di Karnival Jom Heboh yang berlangsung minggu lalu.
Dengan kapsyen, ‘macam dia tapi bukan’ telah menerima pelbagai respon daripada para netizen pada ruangan komen. Ramai menyatakan wajah kanak-kanak ini sangat seiras dengan pelakon Nora Danish. Namun ada juga meneka seiras dengan Siti Aafiyah iaitu anak kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Walaupun pelbagai tekaan netizen, tidak kurang juga yang memuji kecomelan kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini juga nampak begitu berbakat dalam menari dan tidak segan atau malu ketika membuat persembahan di hadapan ramai orang.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apabila wajah kanak-kanak ini menjadi tular, tidak mustahil jika suatu masa nanti adik ini akan menerima tawaran menjadi pelakon atau pun model.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai menyatakan wajah adik ini sangat seiras dengan Nora Danish. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen:
” Nora danish travel size.. macam nora danissh.. tak kisah sapa pun.. Tapi cantikkkk.. macam alas meja mama ko pkai dik.. “
” Mini Nora Danish.. Hah sudah … dpt offer kau nnt, dek … offer brlakon or model ye, bkn offer yg bkn2 … apa2pun omeyyy .. “
” Mcm Nora Danish… Yg penting.. Kita enjoyyyyy.. Muka Nora Danish tapi kalau dah besar jgn gedik OK adik sayang.. “
” Ingat tadi anak dato ct.. pandang kali 2 mcm nora danish. siapa budak ni.. Macam Aafiyah je..anak tokTi.. Aafiyahhhh anak ibuuu.. “
” MCM noradanish la adik ni.. mcm nora danish lah dik muka awak.. Cantik.. Mcm raja ema zaman muda.. lawalah adik.. “
” Eh eh noradanish versi kecik.. yang penting kita enjoyy.. Sebelum baca komen dah teka sendiri…. Macam nora danish adik ni.. “
” Sekali pandang mcm Nora Danish, dua kali pandang mcm Dato’ Siti masa zaman Jerat Percintaan.. Mata saya nmpak mcam nora danish.. “
Untunglah adik mempunyai wajah seiras selebriti, tanpa sengaja adik pun mula dikenali di media sosial. Walaupun begitu nama adik ini tidak dinyatakan dan sangat sesuai diberi gelaran mini Nora Danish kan. Semoga adik ini berjaya dalam kehidupannya. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dramasangat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



