Viral
” Effortless teruk abang ni nyanyi. Dia punya high note berapi weh.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Seorang Pemuda Menyanyi Lagu Dendangan Asal Stevan Pasaribu, Belum Siap Kehilanganmu Di Sebuah Majlis Perkahwinan Raih Pujian Warganet. Fuh Sedapnya Suara, Memang Meremang Dengar. Goosebump Dan Sangat Menyentuh Hati, Padu Teruk !!
Kebiasaannya jika ada sebarang majlis perkahwinan, pastinya akan ada yang menyumbangkan suara untuk menghiburkan para tetamu yang hadir. Sebelum ini sudah ramai yang viral gara-gara nyanyian yang hebat dan kali ini, giliran seorang remaja bernama Ziyad Damin pula menjadi tumpuan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ziyyad Damin, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Ziyad menyanyi di sebuah majlis perkahwinan. Lagu dendangan asal Stevan Pasaribu berjudul Belum Siap Kehilanganmu menjadi pilihan anak muda ini. Siapa sangka, suara yang berkumandang di majlis kahwin ini seperti suara penyanyi profesional.
Kelunakan dan kemerduan suara Ziyad membuatkan warganet teruja mendengar. Lagu ini yang liriknya penuh emosi dinyanyikan oleh Ziyad dengan penuh penghayatan. Persembahan Ziyad ini menyentuh hati bukan hanya tetamu di situ tetapi juga warganet yang menonton video tersebut.

Sehingga kini, video oleh Ziyad ini telah pun meraih lebih 1 juta tontonan di applikasi Tiktok. Rata-ratanya memuji kehebatan suara yang dimiliki oleh Ziyad. Suara yang mampu membuatkan hati merasa sedih dan menyentuh ke kalbu penghayatannya itu. Ini bakat yang sepatutnya dikembangkan dalam industri.
Jom tonton video di bawah :
@ziyaddamin_ My fav part from this song (Belum siap kehilangan) reminds me everything, My beloved Mother💕 and My love @🦋butterfly🦋 #fyp #belumsiapkehilangan #wedding #fyppppppppppppppppppppppp #coversong @StevanPasaribu
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 160 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Allahu version cover paling sedap aku pernah dengar.. Sumpah goosebumps. Macam mana nak contact, Nk jemput menyanyi dekat event.. ”
” Effortless teruks abang ni nyanyi.. kalau tang saya muka dah macam kena sawan tahap 4 dah nak tarik.. ”
” Meremang weh dengar dia nyanyi.. Waktu wedding ni, akak dengar awak nyanyi, akak siap cakap kat husband, eh penyanyi asal ke yg nyanyi. kami siap google haha rupanya bukann.. sedap sgt suara.. ”
” Feeling dia sampaii. ramai boleh menyanyi tapi menyanyi dengan feel tak semua org boleh.. dia punya high note berapi weh.. ”
” Effortlessly ja nyanyi, tapi sedap, boleh gi jauh ni. Bapak sedakkkk dooh suara kau banggg. Sampaiii feel.. power g1la.. ”
” Cara control suara profesional sgt…. macam penyanyi sebenar. pleasee ni bukan miming kannn.. ”
” Lagu ni susah wei nak bawak, suara abang memang sedap. Abg ni tahu teknik menyanyikan lagu ni.. sebab tu setiap nada yg dia lagukan tu betul2 masuk ke telinga kita.. sedap bang.. ”
Sampai ke hati mendengar pemuda ini menyanyi. Bukan hanya kaum wanita yang menangis, kaum lelaki pun boleh menitik air mata. Tentunya selepas ini ramai yang akan mengundang Ziyad untuk membuat persembahan. Apa-apa pun, semoga terus menghiburkan semua dengan anugerah yang dikurniakan Allah itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ziyaddamin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
									
