Artis / Selebriti
” Dia jenis selamba, buat dek ja peduli apa haku. Ayahnya yang terkulat-kulat segan, haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Gelagat Anak Achey Bocey , Tiara Zinnirah Mengikut Achey Solat Jumaat Lagi Buat Warganet Terhibur. Lucu Pula Tengok Muka Achey Tu. Siap Kena Tegur Dengan Seorang Pakcik Lagi. Sejadah Pink Tiara Bawak Kongsi Dengan Achey. Bertabah Lah Ayahnya, Haha !!
Tiara Zinnirah Nasir adalah anak angkat kepada pelawak Achey Bocey. Gelagat Tiara yang semakin hari semakin mencuit hati membuatkan ramai warganet yang ternanti-nanti video terbaru Tiara. Suka mengenakan ayah, Tiara juga jenis yang selamba dan spontan orangnya.
Meninjau akaun Instagram Achey, telah dikongsikan satu video terbaru Tiara yang mengikuti Achey ke masjid untuk solat Jumaat. Ini bukan lah kali pertama Tiara mengikut Achey ke masjid, malah sudah berkali-kali Tiara mengekori Achey setiap hari Jumaat.
Dengan kapsyen pendek tertulis ‘ Ayah ok ‘, reaksi wajah Achey dalam video ini menggeletek hati warganet. Ayahnya nampak okey di luar, terapi dalam hati siapa yang tahu, hehe. Tiara pula dengan muka tak bersalahnya hanya melihat sahaja orang yang lalu lalang di hadapan mereka.

Seorang jemaah masjid berhenti dan bersalaman dengan Achey. Ada sesuatu yang ditanya oleh jemaah itu dan Achey menjawab sambil wajahnya tersenyum. Pastinya Achey dan Tiara menjadi tumpuan ramai. Elok ramai-ramai semua lelaki, tiba-tiba ada Tiara bertelekung hitam dan bersejadah pink menyelit di situ, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Achey ini telah pun meraih lebih 35 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cayalahh Tiara hehe. dia pulak jenih selamba, buat dekk jaa .. peduli apa hakuuu haha.. ayahnya yang terkulat-kulat segan haha.. ”
” Kelopak mata tiara tu dh syahdu sgt tu. Suka tgok klrga ni sbb lifestyle still mcm org biasa wlupun taraf hidup dh berubah. Semoga tiara jd ank yg solehah ye.. ”
” Dia mata mata maknya ni.. Hahaha.. Ayah lepas solat terus balik.. Tiara de sejak baby lg… aunty mmg suka tgok telatah Tiara… awak anak yg sgt2 shomel lah.. ”
” Ala comey tiara , ger4m tengok dia.. Hari yang ditunggu-tunggu adalah hari jumaat sebab nak tgk dia ni hehe.. m4lu la orang laki yang ponteng semayang jumaat.. ”
” Alhamdulilah syukur.. tak pernah miss ye solat jumaat tiara ni. Cantik sejadah PINK color bang achey kintang kintung.. ”
” Lawak nau Tiara ni. Sampaikan pegi solat Jumaat pun acik rasa lucu. Adoii la Tiara oiii.. Semoga menjadi anak yg solehah kepada ibu bapa & taat pada perintah Allah amin.. ”
” No excuse abah nya ye solat jumaat.. terbaik anak achey ni.. Kaki ayah sesemut ke tu haha. tiaraaaaa… Omeyyy dengan telekung & sejadah pink dia tu.. ayah kena pakai sejadah pink juga la tu haha.. ”
Tiara oh Tiara, bagus sungguh kecil-kecil sudah rajin hendak ke masjid. Setiap hari Jumaat pasti mahu temankan ayah solat Jumaat. Ayah pula tersipu-sipu bila orang tegur ye. Apa-apa pun, semoga Tiara menjadi anak yang solehah selalu buat mama dan ayah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
