Artis / Selebriti
” Confident betul nombor 7 dia tu haha. Alisa bijak betul.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Gelagat Anak Hairul Azreen, Alisa Aisyah Menjawab Soalan Matematik Buat Peminat Terhibur. Alahai Comel Je Kira Guna Jari Tu. Part Tulis Nombor 7 Tu Lawak, Pakai Seluar Pun Terbalik. Penangan Daddy Jaga Anak, Tunggang Langgang Jadinya. Hehe !!
Sudah lama tidak melihat video anak-anak Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Telatah Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah memang seronok untuk ditonton kerana baik si abang mahupun si adik, kedua-duanya bijak dan ada kebolehan masing-masing dalam pelajaran.
Meninjau akaun Instagram Hairul Azreen, telah dikongsikan satu video terbaru Alisa yang memaparkan Alisa sedang membuat latihan matematik. Tertera pada sebuah whiteboard beberapa soalan yang ditulis oleh Hairul untuk Alisa dan Alisa sedang menyelesaikannya.
Soalan pertama yang dijawab oleh Alisa jawapannya adalah 6, namun Alisa terlupa bagaimana untuk menulis angka 6. Hairul akhirnya menulis nombor 6 di whiteboard dan Alisa menirunya, comel sungguh tulisan Alisa. Seronok melihat Alisa mengira menggunakan jari jemarinya itu.

Soalan kedua pula jawapannya adalah 7. Dengan penuh yakinnya Alisa menulis angka, namun terbalik pula. Boleh tergelak melihat Alisa ini. Bukan setakat nombor 7 terbalik, pakai seluar pun terbalik. Bak komen warganet, apabila ayah yang menjaga anak, tunggang langgang jadinya. Janji pakai seluar, terbalik atau tidak lain cerita, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat oleh Alisa ini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet sehingga sekarang. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah namanya daddy yang jaga sampai seluar pun terbalik haha. Knp bdk² besar ni memang tulis 6 camtu.. sama cam ank sy pon.. kadang tak capai difikiran dorang tulis tu.. ”
” Haha bukan nombor 7 je terbalik, sekali dengan seluar tu dik terbalik sama pakainya.. adui lah janji pakai je ni orang panggil Hairul haha.. ”
” Sis seluar tu sis seluar, salah tu haha.. Tak apa lah seluar terbalik yang penting Man U hehe.. ger4m tengok Alisa ni.. ”
” Hahaha clever girl Alisa ni. Tujuh tu terbalik pun xpelah janji betul jawapannya. Haha seluar dan nombor 7 tak salah tau. Kenapa harus terbalik, had0ii.. ”
” Daddy mengajar nombor terbalik, daddy jaga seluar pun terbalik sama haha.. Comel lah budak bijak ni.. Glory glory cerdik princess.. ”
” Yang penting confident nombor 7 walaupun terbalik ye gais. Salah macam tengok bola tak masuk gol haha.. ”
” Bila ayah-ayah pakaikan seluar.. Konfiden betul nombor 7 dia tu haha. Alisa Alisa, bijak betul awak ni.. kecil lagi dah bijak matematik.. ”
Melihat nombor 7 Alisa membuatkan warganet terhibur. Bertambah kelakar memandang seluar Alisa. Daddy jaga anak tangkap muat, janji pakai baju dan seluar sudah, hehe. Apa-apa pun, semoga terus menjadi insan yang bijak dan membanggakan kedua ibu bapa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
