Artis / Selebriti
” Cantik sungguh, macam anak Tok Arab di padang pasir pula.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Memakai Purdah, Posting Izreen Azminda Raih Perhatian Peminat. Manisnya Izreen, Ramai Mendoakan Izreen Terus Istiqamah !!
Lama rasanya kita tidak mendengar khabar pelakon Izreen Azminda yang dahulunya popular menerusi drama Kerana Terp4ksa Aku Relakan. Sejak mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Ude Wahid, Izreen sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan.
Meninjau ke akaun Instagram milik Izreen, dia ada memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan dirinya berpakaian purdah. Lengkap dengan memakai jubah dan bertudung labuh, penampilan Izreen telah menarik perhatian netizen.
Ramai mendoakan semoga Izreen terus istiqamah dan tidak menjadikan ia sebagai trend atau sekadar fesyen. Namun menurut Izreen, ia berpakaian sedemikian hanya untuk mempromosikan pakaian tersebut kepada semua pengikut Instagramnya.

Walaupun sekadar mempromosikan pakaian tersebut, penampilan Izreen kelihatan sangat cantik dan anggun apabila berpurdah. Mana tahu suatu hari nanti terbuka hati untuk Izreen terus berpurdah seperti Neelofa. Pasti tetap nampak ayu dan manis.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Posting terbaru Izreen yang menafikan dirinya kini sudah berpurdah :
Kebanyakan netizen memuji penampilan Izreen yang dilihat begitu cantik dan ada yang mendoakan yang baik-baik buat Izreen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lama tak nampak sis berlakon, moga istiqomah.. In Shaa Allah, suatu hari nnt mana taw kan beb. Mek suka tgk pic ni.. “
” Tudiaaaaaaa cakk semoga kita yg pend0sa ni mampu berada dibatas yg betul utk mencari keampunan dan mencari redho Allah s.w.t gitewwwww.. “
” Cantik sggh mcm anak tok arab di pdg pasirr pulak.. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan kurniakan kebaikkan pd kita semua aaminn mcmna fesyen pon kekallah di landasan fesyen islam yg benar.. “
” Cantik sngt, semoga dpermudahkn.. Sejuk mata memandang.. Alhamdullilah cun sangat… semoga semua artis kite di malaysia mengikuti penampilann hakak… “
” Cantik nya kak Izreen semoga kita semua terus beristiqamah.. Harap2 kekal selamanya.. insyallah.. dress hampa pakai lawa kak.. “
” Alhamdulilah… semua org nk berubah kan. .semuga ada sinar nya… amin.. Cantiknya izreen Dr zaman kolej lg cantik skrg lg cun gitu.. “
” Love sgt tgk mek pki purdah… cantik sgt2.. Semoga kita berubah ke arah yang lebih baik.. cantik you pakai macam ni .. “
Izreen turut menitipkan kata-kata islamik melalui kapsyen posting tersebut yang diambil daripada selebriti Neelofa. Mana tahu daripada sekadar mempromosikan khimar, akhirnya tergerak hati untuk berpurdah atau boleh mengajak orang lain meminati khimar. Doa yang baik-baik untuk Izreen.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Izreen Azminda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen


