Artis / Selebriti
” Biaq la baca tak merdu macam johan musabaqah.. ” – Rita Rudaini
Video Bacaan Ayat Suci Alquran Oleh Rita Rudaini Yang Sempurna Buat Peminat Kagum. Bagus Rita Sentiasa Mendalami Dan Belajar Tajwid Yang Betul. Suara Pun Sedap !!
Sejak dahulu lagi, kisah Rita Rudaini dan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menjadi tumpuan ramai. Pelakon cantik ini yang berstatus ibu tunggal buat ramai kagum dengan kecekalannya membesarkan kedua-dua orang anaknya ini walaupun seorang diri dan tanpa lelaki bergelar suami.
Mengerjakan umrah bersama anak-anaknya ini tahun lalu, Rita semakin terbuka berkongsikan kisah mereka bertiga. Rayyan dan Qaqa permata hatinya ini anak yang baik dan sangat menurut kata. Tegas mendidik mereka dengan ilmu agama dan duniawi, cara Rita dipuji peminat.
Rita yang menggunakan khidmat seorang ustaz bernama Haji Zalie untuk mengajar dia dan anak-anaknya mengaji dengan bacaan dan tajwid yang betul. Usaha Rita dalam memastikan mereka sekeluarga mendapat ilmu agama menjadi inspirasi buat pasangan lain.

Menerusi akaun Instagram, Rita Rudaini telah berkongsikan beberapa sedutan video yang memaparkan beliau mengaji Alquran sambil didengari secara online oleh seorang Ustaz. Rita yang mampu mengaji dengan sempurna dan sebutan yang jelas buat peminat kagum.
Jom tonton video di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Perkongsian ini mendapat perhatian daripada netizen. Antara komen-komen mereka :
” Bagus la mummy ni.. moga berjaya dunia akhirat mummy and the boys insyaAllah.. “
” Rita ni mcm budak spm.. “
” Rita ibu solehah buat anak-anak yg soleh.. “
” Sdp suara kak Rita mashaAllah.. “
” Alhamdulillah.. bgus ajr ank mcm ni sjk kcil.. “
” Makhraj mommy.. Mashaa Allah.. “
” Perkembangan dalam kehidupan yg sangat baik. luv u all so much.. “
Didikan yang bagus bermula dari rumah. Bak kata pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya. Rita sendiri menunjukkan contoh yang baik dan pasti akan menjadi ikutan anak-anak solehnya itu. Apa pun, semoga Rita terus istiqomah dan sentiasa berbahagia bersama anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part 6 years tu adoi, tak boleh berhenti ketawa. Macam mana Ubai boleh tahan gelak, haha.. ” – Komen Netizen


