Artis / Selebriti
” Bertuah punya Kak Long Talita. Dia deco adik habis-habisan ni, haha.. ” – Komen Netizen
Raja Ilya kongsi video gelagat anak sulungnya, Talita Love menampal sticker penuh satu badan, muka dan kepala adiknya, Royal Abraham buat warganet terhibur. Adui Talita, mommy tinggal sekejap je, terus jadi macam ni. Bertabahlah mommy, haha..
Menerusi perkongsian terbaru Raja Ilya di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak sulung Raja Ilya, Talita Love mengenakan adiknya, Royal Abraham. Cerita Raja Ilya, dia tinggalkan Talita dan Abraham seketika sahaja tetapi sudah begitu jadinya.
Menerusi video itu, kelihatan Talita sedang asyik menampalkan beraneka bentuk sticker di badan Abraham. Tidak hanya di badan, di muka dan kepala Abraham juga Talita menampal sticker itu. Kratif sungguh Talita, pandai Talita ‘ mendeko’ adiknya.
Gelagat Talita itu mencuit hati warganet. Anak pada usia Talita ini sel otaknya sedang aktif berkembang. Bermacam-macam idea yang akan ditonjolkan pada usia ini. Setiap hari akan ada sahaja perbuatan yang boleh membuatkan mommy rasa geram.

Comel sahaja melihat hasil akhir Abraham setelah kena ‘deco‘ itu. Sampai ke kepala pun ada sticker, alahai Kak Long Talita. Abraham pula redha sahaja dengan apa sahaja yang Kak Long Talita lakukan. Memori indah yang akan mommy kenang apabila Talita besar nanti,
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Awwww this is the cutest haha.. watch out mama more funny things to come.. sel otak tengah berkembang, banyak lagi surprise nanti haha..”
” Ok “adik is my sticker book” says talita hahaahahahh.. Rajin betul talita jaga adik. Kreatif betul ye.. “
” Comelnya kaklong, ingat adek tu anak payung ya haha.. Adik is redhooo.. Btuah kak long ni.. Ggit dia mommy.. “
” Tu seketul adik la syg, bukan sebuah buku sticker.. halah halah budak bijak niii.. Adik pn bole tidur dgn nyenyaknya.. “
” Adoi… Talita ni kreatif sangat ya abis adik di keje kan. Diam tido pulak tu adik nya.. adik pasrah apa sahaja “
” Amboiii Talita.. Awat cute sangat.. Habis stickers adik punya muka.. satu badan dikerjakan.. tunggu adik 2 tahun, habislah adik balas balik haha..”
” Haha kreatif hang talita.. bertuah punya kak long haha. abis dideco adiknya, dikerjakan adik dia habis-habisan ni.. adik lak pasrah je.. “
Nasiblah hanya sticker, kalau slime tak tahu lah macam mana, hehe. Apabila Talita besar nanti, boleh lah Ilya menunjukkan video ini kepadanya. Kenangan zaman kanak-kanak yang akan menjadi memori sampai bila-bila. Semoga Talita menjadi kakak yang baik dan penyayang untuk adik Abraham.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Raja Ilya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

