Artis / Selebriti
” Begitu lah attitude pelakon lagenda Faizal Hussein.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Pengarah Kongsi Sikap Sebenar Faizal Hussein Di Set Pengambaran Yang Buat Ramai Kagum. Fuh Memang Terbaik Lah Legend Ni. Ikon Ramai !!
Sebut sahaja nama pelakon senior Faizal Hussein, pastinya semua mengenali figura ini. Bakat lakonannya mendapat pujian dan Faizal popular dengan gelaran Roy iaitu watak yang dibawakan dalam filem G1la-G1la Remaja.
Menerusi akaun Instagram Ariffzulkarnain, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Faizal berada di salah sebuah set penggambaran. Kata director ini, Faizal adalah penghibur di set mereka. Dalam ruangan kapsyennya pula, diceritakan pula sikap Faizal yang memberikan aura positif kepada semua.
Tidak seperti kebanyakan pelakon, Faizal sentiasa awal daripada calltime nya. Kebiasaanya sejam lebih awal Faizal sudahpun berada di set. Faizal sememangnya bukan seorang yang somb0ng dan kata Ariff lagi, Faizal jenis yang boleh berborak apa sahaja.

Ini membuatkan sesiapa yang berbual dengannya pasti h1lang stress. Disiplin yang tinggi dan tidak menyomb0ng diri inilah yang membuatkan Faizal utuh sebagai pelakon pujaan ramai. The one and only lagenda Faizal Hussein.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah meraih perhatian dan ramai yang mengakui akan sikap Faizal ini. Antara komen-komen peminat :
” True legend, 0tai selalu disiplin. My favourite aktor dulu dan sampai bila-bila. Azroy hati kay keras Roy hehe.. “
” Iye…betul tu. keja ngan dia, wardobe, makeup konti mcm tak yah buat keja dah. dia dtg dh siap. skrip pun dh dlm kepala. dh pernah handle dia.. “
” Ada extra ni tanya dia…”mcm mana abg boleh hafal skrip? Sbb sy tak nmpk pun abg baca skrip bila masuk set…” then abg faizal ckp apa tau… “ sbb tu org bayar abg mahal” hahahahaa elek je dia jwb.. “
” Begitu lah attitude Pelakon lagenda Faizal Hussein. Sgt berdisiplin. Abg blum ada rezki utk bekerja sama dgn tuan Sutradara muda ni.. “
” The best dan kekal jadi legend sampai bila-bila. Itu kekuatan seorang yang bernama Faizal Hussein. Memang terbaik dan hebat.. “
Disiplin memang sangat diperlukan untuk memastikan seseorang pelakon itu disenangi dan kekal lama dalam industri. Tidak hairanlah walaupun sudah lebih 30 tahun bergelar anak seni, Faizal tetap menjadi pilihan ramai.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan contoh dan inspirasi untuk semua pendatang baru dalam industri lakonan. Selamat maju jaya untuk Faizal Hussein dan teruskan berkarya serta menghiburkan peminat dengan lakonan hebat Faizal.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ariffzulkarnain, IG Faizal Hussein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
