Artis / Selebriti
” Amboi suara sedap, cepat lah menikah, suami pilihan.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video PU Riz Menyanyi Lagu Seribu Tahun, Nyanyian Asal Imran Ajmain Raih Pujian Netizen. Wah Tak Sangka Merdu Juga Suara PU Riz, Mendayu-Dayu Dan Gemersik Sangat !!
Nama Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggil PU Riz bukanlah satu nama yang asing bagi kita. Tunang kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa ini merupakan seorang pendakwah bebas dan pernah juga berlakon.
Hasil tinjauan terbaru kami di akaun Instagram PU Riz, telah dikongsikan satu video PU Riz menyanyi lagu Seribu Tahun, nyanyian asal Imran Ajmain. Wah tak sangka, bukan sahaja boleh berlakon, ada bakat menyanyi juga yer PU Riz ini.
Nyanyian PU Riz yang merdu itu diiringi oleh suara seorang sahabatnya. Gabungan suara mereka yang begitu mendayu-dayu dan gemersik meraih perhatian pengikut-pengikut PU Riz di akaun Instagram miliknya.

Bukan selalu untuk kita mendengar PU Riz menyanyi seperti ini. Mesti Imran Ajmain juga akan teruja apabila menonton video ini. Di samping itu, PU Riz juga turut membicarakan mengenai isu simpanan untuk dikongsikan bersama pengikutnya.
Jom tonton video di bawah :
Lunaknya suara PU Riz, sedap didengari oleh halwa telinga. Ramai yang tidak menyangka PU Riz boleh menyanyi juga rupanya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Lain macam ustad punya intro.. Mcm kena je dengan situasi min tunggu gaji nii.. #relakumenunggu.. Asssiiiikkk.. “
” Alamak jadi penyanyi lah plak lepas ni. Boleh menyanyi lagu nasyid dah lepas ni dah.. Muka happy nol nikoh la tu.. “
” Serba boleh, soothing version.. Amboi sora sedapp no.. hensem.. macam Muhaimin… Muhaimin ke tu.. “
” Nice voice eva buat cover please.. imranajmain seribu tahun.. Sedapnya suara.. Cepat lah menikah.. Allahuu suami pilihann.. “
” Dale helok suara ngam2 soi orang kata, untung lopa hahahah.. imranajmain nan listen to this.. imranajmain nan listen to this.. Alhamdulillah semoga dapat manfaat dari perkongsian.. “
Mesti ramai yang tidak sabar menantikan PU Riz dan juga Neelofa bakal disatukan tidak lama lagi. Khususnya peminat-peminat mereka yang sentiasa mendoakan pasangan sama cantik dan sama padan ini diijabqabulkan.

Wah untung lah Lofa, dapat bakal suami bukan sahaja kacak, ada pengetahuan agama, malah bersuara merdu pula tu. Sama-sama kita mendoakan semoga urusan PU Riz dan Neelofa untuk berumahtangga akan dipermudahkan oleh Allah. Amin..

Silakan SHARE…
Sumber : IG hrisbismail
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti11 hours ago Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
