Artis / Selebriti
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
Video Norman Hakim bawa anaknya, Marissa Dania datang meminta maaf dengan Abby Abadi buat ramai tersentuh. Kebetulan pulak Abby tengah live. Sebaknya tengok Abby menangis dan mendengar kata-kata Abby..
Umum mengetahui tentang isu viral yang mengaitkan Abby Abadi dengan anak dan menantunya, Marissa Dania dan juga Aslam. Selain itu, isu ini berlarutan sehingga Abby terpaksa menceritakan semula apa yang terjadi dengan bekas suaminya, Norman Hakim.
Ramai yang menasihati agar Marissa datang berjumpa ibu kandungnya itu untuk meminta maaf atas apa yang berlaku. Yang terbaru, ketika Abby sedang live menjual produk di Tiktok, tiba-tiba Norman muncul dengan membawa Marissa bersamanya.
Situasi ini direkodkan dan telah disiarkan di akaun Tiktok milik peah0163. Kelihatan Norman memegang sepasu bunga orkis hiasan yang besar berwarna putih untuk diberikan kepada Abby. Norman juga turut meminta Marrisa untuk memeluk Abby.

Abby mengatakan dia sedang live untuk mengingatkan Norman dan Marissa yang mereka sedang ditonton oleh ramai viewers Abby. Akhirnya Abby tidak dapat menahan sebak dan mengesat air matanya sambil mengatakan yang dirinya sudah menahan terlalu lama.
Tonton video di bawah :
@peah0163 Bagus jugakkan bawak anak minta maaf kat ibu dia 😘
@abby.abadi.sg Dengan doa yang penuh harapan, semoga dia mampu merungkaikan segalanya… Yakinlah, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya…. doa baik2.. @abbyabadi.exclusive #abbyabadiexclusive #abbyabadisingapore #fypage #AbbyAbadiExclusiveSG #Abbyabadi
♬ original sound – Abby Abadi Exlusive SG – Abby Abadi Exlusive SG
Rata-rata warganet tersentuh menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mereka semua berusaha ke arah kebaikan. Mari kita bantu dgn doa yg baik2 dan kata2 yg baik.. harap abby bertegas tuntut nafkah.dn kalau nkberbaik pn berpada2.. “
” Abby jenis lembut hati cpt mmffkn kn.. mcm sy lahh.. lpstu sng tguris.. sbnye mmfkn sng tp nk lupkn tu.. yg jngn silp skit lh mmg ak ungkit.. “
” Sedih tgk Abby… tp sbg ibu&pmpuan.. gtu lah senyum pun pahit.. xpela jnji YG ke dpn baik² semuanya.. wei aq ikut nangis bila abby kata lama sgt dh simpan.. “
” Harap Norman bayar balik nafkah yg abby tlg dia dulu. memey pun kena dtg minta maaf.. Allahuakbar…moga Allah beri ganjaran pahala dan kebahagiaan untuk Abby Abadi.. “
” Biar laa dia ubat hati dia tu.. lama mana je mak tu nk mara.. biarkan laa.. dh terpaksa menahan hati lg.. aku nangis weiii, kesian tgok kak Abby ni.. ntah la, doa yg baik2 always untuk kedua Dua pihak.. “
” Kesiannnyer abbbbyyyyyy… abby, masih ramai yg ada di belakang mu. tetaplah kuat.. Ni abby live td.. bru je lgi.. Allah moge ade sinr utk diorang.. “
” Mintak maaf betol2 marissa.. duduk salam tangan cium pipi mak tu.. mintak maaf seiklas hati. insyaAllah semoga yg baik2 utk mereka dan jugak kita semua.. “

Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Inikan pula hubungan antara ibu dan anak. Walau macam mana marah dan kecewa hati seorang ibu, pastinya tetap akan memaafkan kesalahan anak yang pernah dikandungnya. Semoga kehidupan Abby dan keluarga akan lebih baik dan bahagia selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok peah0163, Tiktok abby.abadi.sg
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

