Artis / Selebriti
” Aku dah gelak kuat bila dengar pesanan Datuk K dekat Tokti sebelum pegang katak tu, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video gelagat Dato’ Siti Nurhaliza sahur cabaran untuk pegang katak buat ramai terhibur. Fuhhh besar betul katak tu. Teragak-agak Tokti nak pegang sebab geli. Comel Tokti banyak kali minta maaf dengan katak tu. Part pesanan Datuk K tu lawak, berdekah dibuatnya, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti melakukan satu cabaran Fear Factor ketika CTDK team building. Menerusi video itu, DS Siti perlu memegang seekor katak yang besar.
Pada awal video, diliha DS Siti agak teragak-agak untuk memegang katak. Bukan itu sahaja, jelas kelihatan di wajah DS Siti seperti sangat geli untuk menyentuh katak itu. DS Siti turut memanggil suaminya, Datuk Khalid untuk join cabaran tersebut.
Ketika mahu memegang katak, kedengaran Datuk K menyakat DS Siti dengan memesan agar DS Siti tidak boleh masak nasi selama 2 minggu selepas memegang katak itu. Perkongsian video ini telah mengundang tawa para peminat DS Siti.

Ada yang mengatakan terhibur mendengar DS Siti berkali-kali berkata’ sorry‘ kepada katak itu dan suka melihat reaksi geli DS Siti yang dikatakan sangat comel. Sehingga kini, video DS Siti memegang katak telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah DS Siti. Antara komen-komen daripada warganet adalah :
” Aku dah gelak kuat bila dengar pesanan Datuk K dekat Tokti sebelum pegang katak tu, haha.. Lepas ni dua minggu beli nasi bungkus lah Datuk K, haha.. “
” Dia bukan takut tau tapi lebih kepada geli, hahahahaha.. Yang pernah pegang katak ja tahu apa perasan dia, hahahahahaha.. “
” Comel nya tokti ni, geli pun dia yg say sorry kat katak.. Nsb katak tu tak bertukar jadi putera raja yang kacak kan, hahaha acehhh dah macam cerita dongeng pula.. “
” Ko pnh kene dukung tokti.. Berlagak katak tu lpsni.. Untung ko katak, tokti pegang ko.. Pasnie bole la ko eksen dgn kawan2 paya ko hihi grabbit grabbit, haha.. “
” Hebatnya, saya pun tak berani pegang kata.. Hahhahaha geli nk pegang.. Hahahaha.. Lawak lah datok k, haha suruh mak iti jangan masak nasi, haha.. “
” Habis lah katak tu mesti diva lepas ni sebab Tokti kot pegang dia.. Hahahaa geram betul lah haha… Aku yg geli ni bila tengok.. “
” Kalau ak pgg katak ni, rasanya 2 minggu MC . Katak msuk dlm kasut pon 2 hr demam. Ni nak pgg,, mmg mimpi la cite dia, haha.. “
Kelakar betul mendengar pesanan Datuk K untuk DS Siti, berdekah semua orang yang dengar. Apa-apa pun, terbaik lah DS Siti. Meskipun mempunyai sedikit rasa takut dan geli, akhirnya DS Siti berjaya melepasi cabaran Fear Factor CTDK team building.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti11 hours ago Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
