Artis / Selebriti
” Adui suara Amad, cair dengar. Selalu dengar suara Umai je.. ” – Netizen
Video Anak-Anak Siti Sairah Tarudin, Umai Dan Amad Menyanyi Lagu Dawai Buat Ramai Terhibur. Alahai Gemersik Sungguh Suara Umai. Tak Sangka Suara Amad Pun Power Juga. Tak Puas Dengar, Dua-Dua Suara Lunak Merdu !!
Dar4h seni yang mengalir dalam keluarga Tarudin tidak hanya kepada Siti Sairah tetapi kepada anak-anaknya juga. Anak sulung Sairah iaitu Umai sememangnya dikenali ramai dan semua tahu kehebatan suara Umai. Sejak dari kecil lagi Umai sudah menunjukkan minatnya dalam bidang nyanyian.
Selain Umai, adik lelakinya yang dipanggil Amad juga mempunyai suara yang sedap didengar. Meninjau akaun Instagram Siti Sairah Tarudin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Umai dan Amad berpadu suara menyanyikan lagu Dawai.
Semakin padu vokal Umai dan lenggoknya juga kedengaran begitu menenangkan. Ramai yang tidak menyangka Amad ada suara yang sebegini sedap. Amad mengalunkan lagu ini dengan penuh penghayatan, terbuai-buai warganet mendengar alunan suara merdu Amad.

Dek kerana kedua adik beradik ini mempunyai suara yang power, ramai juga warganet yang meminta agar mereka mencuba nasib untuk pertandingan Famili Duo musim akan datang. Apabila Umai dan Amad bergabung, pasti semakin seronok mendengar lagu Dawai itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Siti Sairah ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wah Syahdunya Umai mmg dh biasa .. Amad pun xsangka.. maknya pandai nyanyi.. makti dia penyanyi no 1.. x mustahil anak2 nya memiliki suara yg merdu.. ”
” Selalu dgr Umai… Amad siapa? Adik kah? Sedapppppppp gak.. Sgt sedap.. Nx year masuk the chosen one ye amad… suara best.. terbuai-buai rasanya.. ”
” Adik Umai ke? sedap suara both of them.. Penuh perasaan amad.. Mmg sedap dan merdu dan tiada pekikkan disitu.. love ur voice.. ”
” Ya Allah suara amad tu pun power.. umai x yah ckp lah mmg dh tau suara umai meled4k.. Aduiii suara amad, cair auntie.. tak puas dengar.. ”
” Wahhh amad sedap suara.. Umai suara mmg perfect.. memg terbaik suara umai ngan amad… ikut suara ibu.. tok ti.. uncle ayai.. ”
” Sedapnyee suara amad ni. Boleh jadi mcm kakak dia ni. Suara Umai tetap no syatuu.. Boleh masuk Famili Duo la dua2 ni.. Comel.. Suara power.. ”
” Mantap suara umai dan amad. dedua gifted dgn suara emas mcm ibu & makiti.. nnti2 boleh masuk famili duo, sedap suara diorg ni.. ”
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibunya pun suara merdu, tak mustahil anak-anak pun mewarisi suara emas itu. Jika diketengahkan lagi bakat 2 beradik ini, tidak mustahil boleh menjadi pelapis penyanyi sedia ada. Apa-apa pun, semoga Umai dan Amad terus maju jaya dan teruskan berkarya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sairah Tarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen




